Sunday, November 20, 2011

Testing: Sport Photography



13 Nov 2011

Ahad. Aidiladha dah tamat, budak2 yang travel ke Bangalore Mumbai bagai pun semua dah balik.

aku ulangi, hari ni Ahad. meaning what? esok Isnin. yess.. holiday's over pal. so hari ni taknak lepas peluang main tenis pagi2. best, sejuk (winter approaching). lebih2 lagi Afiq, roomate aku. gila sangat dengan tenis. aku yang tak pernah main tenis pun ter-beli raket tenis, sebab terpengaruh dengan dia hahah.

yang ada, Afiq Aizat, Wan Afiq, Safwan, aku. Nabil tak datang. lupa nak tanya kenapa. tapi raket dia Afiq Aizat yang pakai..

kitorang pun main laa.. lepas sejam lebih, lutut kanan aku start rasa sakit. mungkin aku punya Cruciate Ligament dan Ligamentum Patellae kat sendi lutut aku ni dah exhausted kot. (bukak Netter Atlas of Anatomy sebelum tulis ni, sebab takut salah kena kutuk dengan kawan2 yang tau). so aku pun pinjam basikal Safwan, balik dulu..

sampai bilik, terpandang kamera aku. plus, zoom lens baru aku, yang aku beli dari Flipcart secara online baru sampai 2 hari sebelum tu. belum testing lagi. 

Tamron 18-200mm.
harga: Rs 13600. lebih kurang RM838
bila zoom penuh, panjang asal dia doubled.

so I thought, why not?? sekali sekala jadi jurugambar sukan ape salahnya..

aku pun letak raket, ambik kamera. (ala-ala macam tukar senjata laa). naik basikal Safwan semula,
pergi ke court tenis. 

dari kejauhan

dari kedekatan
gambar gegar sikit, sebab snap masa naik basikal

on the way, nampak laa si Nadirah dengan Adibah baru nak gi. rupanya diorang tu pergi Bangalore beli raket tenis. Nad tu beli sampai dua raket sekali. bapak semangat. hahah.  

stylo la Safwan..

Afiq Aizat kejar bola

aku pun tak tau apa dia buat

Afiq, kau main tenis ke balet? hahah

hah yang ni zapin. hahah

Wan Afiq macam Federer. (sape Federer??)

main tenis pakai sweater dan selipar........


aku tanya Nad, kenape pakai tebal.. rupanya hari tu dia demam.. tapi sebab esok dah start kelas, 
so taknak bazir peluang main.. otai sungguh..

ni kalau buat gini masa match kompem kepala kena bola.

demam pun boleh tahan laa..


stylo siak.. Afiq, sila buat profile picture. hahah

si Afiq Aizat ni senyum je masa main 

tak macam Safwan yang bersungguh2 sampai senget mulut 

pun style jugak


ingat Safwan, kat tangan kau tu raket, bukannya pedang samurai..

ready... hit!!


salah fokus. muka blur, background sharp.

relax je

lepas tu abis laa.. nak main lagi, tapi cukup lah, dah 2 jam lebih main.

pastu aku baru tau, yang jadi jurugambar sukan ni tak semudah yang disangka.. perlukan kesabaran, perfect timing, dan sentiasa alert dengan apa yang berlaku. tangan tu tak boleh lari dari shutter, nanti terlepas shot2 yang menarik.

dan satu lagi yang aku pasti,
.
.
.
.
.
'senjata' yang aku ada ni tak cukup kalau nak jadi jurugambar sukan yang sebenar. haha.. takpe, kita upgrade slow2.. macam main game pokemon, kita bermula dari level paling rendah. pastu baru naik level, dapatkan pokemon yang hebat2, dan belajar teknik2 baru yang lagi power..

Safwan, apsal mata kau macam pembunuh??

ada yang tanya, apsal gambar aku main takde?

well, kalau aku main, sape nak tangkap gambar?? haha

lagipun, diorang ni memang atlet.. badan pun semua fit.. sesuai laa kalau nak masuk gambar masa tengah main sukan.. aku ni.. bukan atlet.. badan pun ge.. ehem. tak se-fit diorang.. jadi biar laa aku buat apa yang aku reti..

"Do Your Best in What You Do Best" -me. hahah
.
.
.
.
.
Yang Cuma Reti Ambik Gambar, 






3 comments:

nak komen? komen laa..