Saturday, November 26, 2011

This Year Might as Well Be My Last

27 November 2011




Manusia hanya merancang. namun hanya Allah yang menentukan.


Impian.


Sejak dulu, I mean, masa kecik-kecik dulu, biasa la, mak bapak akan tanya anak dia, "nanti besar kamu nak jadi apa?". dan spontan, aku jawab nak jadi doktor. so,dengan impian aku tu tersemat dalam hati, aku secara unconciously, working towards it. okey, maybe aku.. cuma nasib dapat 5A time UPSR (sbb sangat malas), dan still sangat malas time sekolah menengah kat Maahad dulu.. kerja rumah tak pernah siap, sampai cikgu pun dah malas nak bagi..


Tapi bila masuk matrik, aku punya cita-cita tu kembali kuat, dan masa tu laa aku start jadi rajin.
tambahan pulak masa tu aku jumpa manusia-manusia yang penting dalam hidup aku, lantas diorang jadi pendorong dalam mencapai cita-cita.. dan masa tu jugak laa aku jumpa matlamat hidup aku yang sebenar, dan aku dapat kenal diri aku.. at last, dapat laa jugak dapat result yang... cukup laa untuk bawak aku masuk ke dunia medic..


Persahabatan.


Bagi aku, (dan aku rasa semua orang pun), persahabatan adalah salah satu harta yang paling bernilai dalam diri. terpulang pada masing-masing, tapi pada aku, sahabat adalah orang yang boleh buat kau lupa masalah kau, only by their mere presence. diorang jugak adalah orang yang kenal diri kau, sometimes lebih daripada kau kenal diri kau sendiri. kau pun tak rasa malu nak kongsi masalah, nak tunjukkan kelemahan, nak bukak rahsia kat diorang..


Mudah je nak cari kawan. nak cari kenalan. tapi sangat susah nak cari sahabat. dan so far, sahabat-sahabat yang aku ada adalah mereka yang aku kenal since my early life. with few exception, of course


Well, aku tak pandai menipu. aku tak suka menipu, dan aku sangat benci bila ditipu. yeah, call me naive, straight or anything. but I won't lie for fun, except sometimes, when I myself reveal my lie. And all my friends, are those who do not. if you ever did, you are not my friend. just an acquaintance.


Study.


So far so good. (lusa exam, tapi sempat lagi update blog). the subject is pretty interesting, with acceptable level of difficulty and stress. and I think it's inappropriate to talk about the hardship I face, coz I'm not the only medical student here. orang lain cool je, yang kau nak kecoh2 sangat ni pehal?? 


Kehidupan.


So far, aku rasa hidup aku cukup. cukup makan, cukup pakai, cukup happy.. cukup persahabatan dan kasih sayang.. well, aku kata cukup, sebab true friends are not those to be find, but those to be found. Cukup Cinta.. well, aku taknak cerita lebih-lebih kat sini, sebab belum tiba masanya. hah. aku teringat seseorang cakap, "kau? muka macam kau ni ada orang nak ke?" haha.. aku tau dia bergurau. memang benar, aku cuma sederhana, tak huduh dan tak ensem. tapi cinta tak sepatutnya berdasarkan paras rupa.


Ok, katakanlah lah aku ni hensem, pastu dapat awek yang terpikat dengan muka aku yang ensem ni.. pastu kata lah aku eksiden, muka aku rosak. konpem awek aku tu mintak putus. hahah. tak ke kesian kalau macam tu? So aku bersyukur dengan rupa paras aku yang sederhana ni. cukup rupa.

Eh dah lari point. err..


Cukup sihat, cukup sifat.. kalau bab kesihatan, aku rasa bersyukur sangat sebab aku mamang susah sangat nak jatuh sakit. err.. kawan2 ramai gak yang selalu demam sekejap-sekejap, diarrhoea, pening-pening.. tapi aku sihat je. mungkin one day Dia nak bagi aku sakit yang kronik macam kanser ke, sakit jantung ke, sekali letak je, mana tau? Nauzubillahi Min Zalik (mintak jauh).. 


Kematian.
.
.
.
.

Perkataan mati tu tetiba buat aku tersentak. tak tau kenapa malam ni perkataan MATI tu bunyinya macam berat. well, ia buat aku terfikir. tahun 2011 tinggal sebulan je lagi. 2012? sempat ke aku? macamana dengan dunia ni? kawan-kawan? family? mama?... bersediakah aku??


Apa sangat yang aku dah sumbangkan pada dunia ni? adakah kehilangan aku nanti memberi apa-apa signifikan? ada ke orang yang akan tangisi pemergian aku?


Kawan-kawan, aku cuma insan biasa.. tak lari dari melakukan kesilapan.. kalau lah ditakdirkan aku pergi sebelum korang, maafkanlah sebarang kesilapan aku.. semua hutang korang dengan aku, aku halalkan, tak kira sebanyak mana.. dan semua hutang aku dengan korang, kalau taknak halalkan, cakapla kat aku sekarang.. sebelum terlambat..


Mama.. terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang mama dah curahkan selama ni.. aya mintak ampun atas segala dosa dan kesalahan yang dah aya lakukan selama ni.. aya tau, aya dah banyak menyakitkan hati mama.. aya langsung tak berniat nak derhaka pada mama.. walaupun bersebab, tapi tiada alasan lagi.. ampunkan aya ma...


Kau yang aku sayang., maafkan aku atas segalanya. kalau aku pergi dulu, dan ditakdirkan semuanya tak dapat berlaku seperti yang dirancang, aku harap kau sabar.. jangan benci pada lelaki.. tak semua lelaki jahat.. buka lah hati kau.. kalau nasib baik, mungkin one day kau akan jumpa seseorang yang boleh gantikan tempat aku.. aku tau, mustahil untuk kau jumpa orang yang sama macam aku, tapi kau tak boleh selamanya berkeras... dan lagi satu, jaga kesihatan.. 


Dosa.. Ya Allah.. banyaknya dosa aku pada Engkau.. bertimbun-timbun.. Aku tak rasa aku ni layak nak masuk dalam syurga Engkau.. tapi aku tak sanggup kena seksa dalam neraka Engkau Ya Allah... ampunkan aku.. Ya Allah janganlah kau cabut nyawa aku dalam keadaan hina ya Allah.. Ya Allah, sekiranya hidup ini lebih baik bagiku, maka panjangkanlah nyawaku dalam kebaikan. namun sekiranya maut itu lebih baik bagiku, maka matikanlah aku dalam kebaikan...




Mati itu satu kepastian. 
Bila, itu di luar pengetahuan.
Ketika itu, musnahlah impian.

Namun sebelum tiba masanya, mengalah, sesekali Jangan!



.
.
.
.
.
Ingat Mati.









1 comment:

  1. Allah dalam firman yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.” (Surah Luqman, ayat 34)....^_^

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..