Thursday, September 29, 2011

Berakhirnya Sebuah Penantian

28 Sept 2011

Penat pusing2 hospital sebagai pelajar medic tahun satu. sebenarnya aku time tu dah nekad nak pergi ke MSU, so tak perlu pun ikut diorang jumpa patients, buat amali, ambik tandatangan Ketua Jururawat (Sister) tu semua, sebab nanti kat Bangalore boleh belajar lagi.. tapi aku rasa, ilmu dan pengalaman ni dah ada depan mata je. rugi kalau tak ambik. 

Tengahari.

Kami (yang nak ke MSU, tapi masih berada dalam kampus) dipanggil lagi ke Pejabat Akademik. Jumpa dengan Encik Amyrulhan. beliau bagi briefing pasal perjalanan ke MSU Bangalore, yang mana kami akan ke KL esok malam.. tapi ada satu ayat beliau yang buat hati aku tak tenang.

"Dua jam lalu, saya dengar MMC tak luluskan kamu ke KLE. tapi setengah jam lalu saya dengar MMC dah bagi lulus. cuma saya tak tau dia luluskan tu dengan syarat atau tanpa syarat. kalau dengan syarat, mungkin kena tunggu dia buat lawatan dulu, yang mungkin ambik masa lagi satu bulan.."

aku pun, "lah, kena tunggu lagi? kalau sebulan saya pergi MSU jelah.."

then beliau suruh kami semua sekali datang lagi tengahari esok.

Petang.

Berkumpul di Red Square (satu dataran di bawah dewan kuliah (dewan kuliah kami tergantung kat tingkat tiga) yang ada meja2 batu, dan lantai dia bata yang warna merah tu.)  sebelum pergi wad Surgery. then kat situ aku dapat berita, MMC dah luluskan kami pergi. TANPA SYARAT.


Sujud Syukur. Alhamdulillah..



Bagaikan akhirnya terjumpa cahaya setelah melalui sebuah terowong yang panjang dan gelap gelita. bagi mereka di luar sana yang tidak perlu melalui terowong ini, mentari adalah suatu objek yang tidak signifikan. tapi bagi kami, ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai. "A relief that worth tears and blood"



29 Sept 2011

Perjumpaan untuk memberi kata putus. sekarang yang nak ke MSU dah takde dah, cuma pilihannye ke KLE atau stay. malangnya, kami terpaksa berpecah jua. ada tiga lagi daripada 15 orang yang tinggal (tak ke MSU) yang akan stay, meaning, takkan bersama kami ke India..
  • sorang tu anak sulung, mak dia ibu tunggal, so dia rasa ada tanggungjawab kat keluarga. nak balik pun mudah..
  • yang sorang tu sebab masalah kesihatan.. kaki dia sakit kalau kena berjalan jauh..
  • yang lagi sorang tu sebab.. ntah laa.. mungkin dia suka sangat dok sini kot..
Apapun, secepat mana pun kami nak pergi ke sana, pengiring kami masih belum ditentukan lagi siapa.. dan pengiring tu belum ada visa nak ke india.. so nampaknya kena tunggu lah lagi seminggu.. beliau kata lagi, Flight kami dijangka antara 4-8 Oktober. so kawan2 di KLE, sila nantikan ketibaan kami dengan karpet merah ye.. heheh. Lambat sikit pun takpe lah.. kami belajar dulu kat sini..


Nampaknya ini adalah episod keenam, episod akhir cerita sedih kami. (yang Hari-Hari Terakhir  tu bukan dari siri ni ye..) sebab punca utama stress kami dah takde..

    .
    .
    .
    .
    .
Yang Tak Nak Stress Stress,


Wednesday, September 28, 2011

Hari-Hari Terakhir di USMKK

(sorry guys, though this is intended to be a blog of photography, medico-legal issues forbid me from snapping in the hospital. so, no related pics..)






27 Sept 2011


Pagi. lawatan ke jabatan2 di HUSM. Radiology, bilik xray, MRI, gymnasium untuk physiotheraphy, etc.. aku dah lupa. aku ingat kami dibawa ke satu bilik tempat buat kaki palsu. Di Malaysia ni cuma beberapa tempat je ada tempat buat kaki palsu yang khas macam ni. (meaning setiap kaki dibuat mengikut ukuran kaki pesakit yang menempah). kat Pantai Timur Malaysia cuma HUSM je ada. selain sini, aku tau cuma kat KL laa.. kat situ ada sorang makcik yang kaki kanan dia dah dipotong sebab diabetes. aku nampak dia macam tak selesa dikerumuni berpuluh2 orang student ber-labcoat, aku pun approach dia, start berbual dengan bahasa kelantan. so far, aku faham prasaan dia dipotong kaki, sebab arwah abah aku dulu pun, seminggu sebelum dia meninggal, dua2 kaki dia dipotong, atas sebab yang sama..  so far, ada aku sebagai penduduk asal kelantan rasa ada kelebihan sebab boleh approach pesakit dengan dialek Kelantan..


Petang. ada sesi Practical bersama seorang sister. ada dua sesi, sesi pertama dia ajar cara ambik Blood Pressure (BP). diterangkan jugak cara pakai stethoscope (susah btol nak eja) dengan betol. agak menarik, biasalah, benda baru kan.. baru kenal, nama vein2 yang boleh rasa pulse (nadi). pun baru tau stethoscope boleh diguna selain kat jantung, iaitu kat brachial artery (tempat yang boleh rasa nadi dekat lipatan lengan tu.) nadi kat pergelangan tangan nama dia radial artery, kat leher tu pulak carotid artery. dan banyak lagi. aku rasa kalau aku tulis semua medical jargon tu, lepas ni dah takde orang dah nak baca blog aku.


Lepas tu sesi kedua, penerangan pasal alat2 medical. macam2. yang best nye, aku dah tau fungsi kebanyakannya. wayar2 yang masuk ikut hidung, ikut mulut, ikut tangan, ikut lubang kat leher, even ikut lubang kencing. sebab aku pernah hospitalized selama 15 hari akibat accident time sebelum SPM. (dah ah, malas aku nak cerita panjang2, peristiwa hitam kot..) kebanyakannya pernah rasa guna. tak guna sendiri pun, aku dah nampak orang lain guna berpuluh kali.. Being a Patient Can Help In Being A Good Doctor. hahah.


28 Sept 2011


Hari ni lawatan ke Wad. aku dapat wad perubatan dan pediatrik (kanak2) sebelah pagi, dan wad surgeri sebelah petang. penat gila. berdiri je memanjang. tu cuma menengok je.. tak tau lah nanti kena jadi Houseman kena buat kerja, overtime lagi, macamana..  macam2 aku jumpa. dekat wad kanak2 ada yang kena patuk ular, pastu tangan dia buruk dan jadi takleh gerak. dekat surgery ada macam2 keadaan pesakit yang korang takkan jumpa time jalan2 dekat KB Mall. Ada yang bentuk kepala dah tak normal. yang kemik2 ada, yang nampak macam terbelah ada.. kebanyakannya sebab kemalangan. jalan raya, ataupuun tempat kerja. kesian.. 


Sesi klinikal kami sampai pukul 5, tapi dalam pukul 3.45 petang tu dah takde pape boleh dibuat, kami mintak la dengan Staff Nurse untuk leave awal.. pastu dia cakap:-


"Nak balik?"
"Kenapa?" aku tanya
"Takde la, suka hati awak la. tapi nanti kamu nak jadi doktor, main nak balik nak balik gini......." dia tak habiskan ayat dia.
lepas tu sorang groupmate aku mencelah "kami nak ke wad surgeri perempuan pulak". dan kami pun blah. 


Kata2 Staff Nurse tadi sangat2 terkesan kat jiwa aku. nampaknya aku pasni dah takleh main2 dah.. so then lepas cari wad surgery perempuan tak jumpa, aku gi la ke wad medical balik, nak belajar pasal patients hygiene.


On the way balik, aku temankan girls yang nak sangat tengok wad psychiatric kat tingkat lima. kat dalam pintu wad tu ada satu lagi pintu jeriji besi. so kami observe dari situ. then ada sorang pesakit tu tabik kat aku dari dalam. "doktor!" aku senyum dan berbuallah dengan dia.. lepas tu sorang lagi datang.


"kamu tau tak siapa saya?"
"siapa?"
"saya ni Ultraman. tau tak kenapa saya Ultraman?"
"kenapa?"
"nama saya Khairil Anwar. maksud dia sebaik-baik cahaya. kalau ikut bahasa jepun nye, Ultraman lah.."


aku pun play along lah.. teringat yang Ultraman sebagai Being from Planet of Light. haha.. tapi dia bercakap ada hujah, dan hujah dia ada yang bernas..


"Kamu belajar sungguh2, nanti jadi doktor yang terbaik!. doktor yang 
Hablun minallah, dan hablun minan-nas.."


so guys, "Jangan lihat kepada orang yang berkata-kata, tapi lihatlah pada apa yang dikatakan." mereka sakit jiwa, bukannya bodoh..


aku balik dengan badan yang letih, dan kaki yang lenguh. tapi ada satu ayat aku pegang.
Macam ni dah komplen. Macamana nak jadi doktor ni..
okey...

     .
     .
     .
     .
     .
Yang Tak Nak Komplen Dah,

Wednesday, September 21, 2011

Hidup Ini Umpama Roda

21 Sept 2011

Kalau xtau apa yg berlaku, sila klik sini:



hhuuuhhhhhhhh.......

Selepas apa yang aku buat dalam meeting Ahad lepas, parents buat perbincangan semula pasal ni. dan mereka putuskan untuk batalkan niat melanggar arahan MMC. dan diorang buat plan untuk buat rayuan menggunakan kabel paling besar kat Malaysia ni, iaitu PM sendiri. aku xtau camne, sbb mak aku tak join.. tapi gitu lah, kami terpaksa menunggu keputusan rayuan tu Jumaat ni.

Kalau dapat, Alhamdulillah.. yang merungsingkan aku sekarang ni adalah kalau tak dapat, nak wat camne. sekarang ni ada dua pilihan:-
i)stay di USMKK, dan tunggu peluang ke USM-KLE di Belgaum next year,
ii)ataupun nak terus ke MSU di Bangalore

Both choices MARA dah janji akan sponsor.. Both choice ada Pros & Cons nya.. meh aku listkan.


1)USMKK.

PROS:-
  • dekat dengan rumah
  • kos sara hidup di Kelantan sangat rendah
  • takyah basuh baju sebab boleh balik bila2 masa hantar baju kotor dan ambik baju bersih
  • ada transport sendiri (boleh bawak keta atau motor)
  • memang area aku, so nak gi mane2 nak wat pape aktiviti mudah..
  • boleh pindah ke USM-KLE kemudian (high probability). kawan2 kat sana dah lama tunggu woo..
CONS:-
  • terlalu mudah, tak merasa pengalaman jaga diri di tempat orang
  • minda aku tak terbuka
  • ketinggalan terlalu banyak benda. Nametag, labcoat, set tulang, microscope, english class, yang aktiviti keusahawanan tu budak2 lain dah start discuss dah..
  • kuliah2 yang lepas dihadiri dengan separuh minat, so kira macam 'belajar tak serius'. bimbang ketinggalan sikit.
  • malu dengan orang kampung. "eh?? mung tok gi lagi? kato nok gi India??"
  • takde cadaver
  • sia-sia wat passport & Visa yg habis RM451 ringgit

2)MSU.

PROS:-
  • antara tempat TOP nak wat medic
  • dapat belajar dengan cadavers 
  • oversea (you get the idea)
  • dia punya sijil MBBS laku di lebih banyak negara berbanding MD(USM)
  • atas budi bicara admins MSU, kami dah di-exempted dari kena ambik entrance exam. so boleh masuk gitu je kalau nak. (what a rare chance!!)
  • sesi pembelajaran start Oktober ni, so we can refresh and start anew..
  • kalau nak ke Belgaum jauh, kena lompat flight, KL-Bangalore -> Bangalore-Hubli. pastu kena naik bas lagi.. so kalau dapat Bangalore jimat sikit tiket flight nak balik raya..
CONS:-
  • Bangalore adalah pusat bandar, so kos sara hidup tinggi la sikit
  • belum research lagi pasal medic di Bangalore
  • kadar pinjaman MARA di-upkan dari +-RM500k kepada +-RM800k. (bukan masalah mana pun sbenarnya.. budak Ireland pinjam RM1juta..)
  • bunyi 'MSU' kurang best berbanding 'USM'. hahah. ye la, MSU private, USM pulak ada taraf APEX.. (no big deal)
  • kemungkinan besar kena belajar pakai sistem tradisional yang khabarnya kurang menarik sikit berbanding sistem integrated kat USM. (orang lain boleh apsal aku takleh?


Dua tiga hari ni aku dok pening kepala pikir pasal dua options ni lah.. nakstaytanaknakstaytanaknakstaytanaknakstaytanak... biasanya kalau ada sesuatu yang besar dalam fikiran aku, aku akan jadi sangat pendiam. tak pandai nak bincang. (orang yang kenal aku biasanya tau laa..) tapi disebabkan aku dikelilingi oleh sekumpulan manusia yang sama-sama tengah pening kepala, so aku boleh laa nak open up sikit.. 

Jarang sangat aku jadi camni tau. biasanya kalau berdepan dengan 2 pilihan yang both ada pros & cons, hati aku akan secara automatiknye berat kearah satu pilihan. orang lain wat solat istikharah supaya dibantu buat pilihan yang terbaik, tapi aku wat solat hajat supaya Allah jadikan pilihan aku tu yang terbaik untuk aku..

Nampaknya aku pun kena wat Solat Istikharah jugak.. Ya Alah bantulah aku.. 

Keputusan rayuan [ada MMC tu Jumaat ni, 23 Sept keluar. dan kami 18 orang terpaksa menunggu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah Keluar? Belum? ok...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekarang dah keluar? belum? huhh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah?? Belum lagi? alahai lambatnye...


Ape pun, kena tunggu jumaat ni sebelum boleh buat apa2 keputusan. 

Well, kalau betul lah "Hidup ini umpama roda, Sekejap di atas, Sekejap di bawah", aku rasa sekarang ni. aku dok bawah tayar..

  .
  .
  .
  .
  .
Yang Tertindih,


Sunday, September 18, 2011

Hidupku Tanpa Warna



18 Sept 2011


hhuhhhh......


Hari ni ada meeting besar. antara pihak USM, Student dan Parents. walaupun pihak MARA tak hadir, tapi ada sorang dari USM yang dapat jawab kebanyakan soalan berkenaan MARA. so takpe lah..




Pada mulanya Tan Sri VC bagi kami 3 options:-
1-Jadi pelajar medic USMKK sepenuhnya.
2-Fly ke MSU di Bangalore. diorang belum mula sesi pembelajaran lagi, tapi nak masuk ada entrance exam, so dengan keadaan emosi yang tak stabil gini.....
3-Masuk ke USM, tapi course lain. Farmasi ke, Biomed ke.. (what the?? sape nak??)


Sebabnya, pasal nak fly ke Belgaum, MMC dah tutup kes dah pun. pihak USM dah buat rayuan berkali-kali kat MMC. dari pejabat Dekan, dari pejabat VC.. etc.. tapi semua ditolak.. dengan alasan, MMC kata, diorang dah buat lawatan ke USM-KLE bulan Mac yang lalu. masa tu student tak ramai, dalam 48 orang je.. so staff tenaga pengajar etc sikit, cukup lah untuk ratio pelajar seramai tu.. then MMC kata USM-KLE tak cukup staff untuk terima 100 orang. sebab tu dia bagi 70 orang SAHAJA.. diorang tak nampak yang USM dah ada list nama staff yang akan dibawa masuk untuk batch ni. 


Apepun, keputusan oleh MMC dah muktamad. Case Closed. 


Ramai jugak student yang nangis.. especially girls laa.. ye lah, semua dah siap. betapa pengorbanan kami, buat passport, India Visa, beli pakaian, beg luggage, kenduri kesyukuran dan doa selamat, sembelih kambing, tup tup tak jadi fly. students ramai yang demam. sampai terjaga tengah2 malam sebab termuntah pun ada. si Ruby belum balik sini lagi, skarang dok kat rumah, sebab demam panas dia belum kebah lagi. Ryan, budak Sabah, dah habis beribu2 ringgit ulan alik sabah ke semenanjung. sekali masa interview, lagi sekali masa buat Visa. kami semua bukan stock2 orang senang.. ramai orang kampung. bapak kerja petani, pemandu teksi... semua betapa besar pengorbanan kami, begitu remuklah hati kami... 


Namun apakan daya, MMC tidak memahami..


Dalam meeting tadi, semua came up with an idea, that is, parents buat satu commitee, untuk buat satu appeal dengan MMC secara collective, independent from USM. semua setuju pasal tu. 


Tapi ada parents dengan beraninya, urge semua orang menyokong untuk:
- "hantar dulu students ke KLE tanpa izin MMC, dan in the meantime appeal untuk dapat kebenaran dari MMC "
dengan berlandaskan "kita perlu ambik risiko untuk dapatkan apa yang kita nak. risiko terbesar adalah mati."


Ramai angkat tangan. mostly parents yang terlalu optimistic. aku kat belakang hanya berpeluk tubuh, dengan muka yang risau. aku bukan apa tau. melawan arus selaluya tidak membawa hasil yang baik. mungkin sampai ke tempat nak dituju, tapi penat lah.. meh aku listkan keburukan dia.






1-MARA ikut polisi dia, dia takkan buat benda tanpa kebenaran. in this case, kebenaran MMC. so mungkin kena belajar 5 tahun kat sana secara tanggungan sendiri.


2-MMC tetap dengan pendirian dia. dan paksa kami balik. memang sekarang tiket nak ke india tu masih ada pada USM, dan USM boleh hantar bila2 masa je, tapi kalau dipanggil balik? MARA tak tanggung dah flight balik tu.. tak balik? ketinggalan pelajaran lah jawabnye.


3-MMC jugak boleh blacklist nama kami. then nak study local takleh, nak apply MARA dan JPA semula pun takleh.


4-MMC boleh guna balik keingkaran kami tu, as a weapon against us. yang ada peluang lagi nak jadi doktor, even local, jadi takleh langsung dah.


5-MMC boleh buat kami menderita di jangka masa panjang dengan tidak mengiktiraf ijazah MD kami. and that means jerih perih kami selama 5 tahun, semuanya sia2.


6-ada kemungkinan MMC boleh guna kuasa Veto diorang untuk tarik balik pengiktirafan program 
USM-KLE. that means, bukan kami je affected, tapi juga rakan2 kami yang dah berlepas yang 70 orang tu, dan jugak seniors yang 48 orang tu.


7-Even worse, MMC akan label USM sebagai penderhaka. ditarik balik status APEX dan pengiktirafan pada kursus perubatan USM yang world-class tu pun ditarik balik jugak. benda sebegini pernah berlaku kepada Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), dan tak mustahil berlaku kepada USM.


Sekarang it's not fair to us. tapi kalau no 6 dan 7 berlaku, what happens to the other students, it won't be fair to them too!!






~risiko terbesar adalah mati.. abis nak suruh kami mati dulu ke?!! (maaf emo sikit.)


so aku pun bangkit lah, dan menegaskan keburukan2 diatas dalam meeting tu. 


"ADAKAH IBU BAPA SEKALIAN NAK MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN KAMI?!!"


Bersalah jugak aku ase kat bapak2 tu semua, sebab meninggikan suara kat diorang.. bersalah kat kawan2 sebab meninggikan suara kat bapak2 diorang.. sedangkan bapak2 diorang berhempas-pulas fight untuk diorang.. tapi maaf laa.. aku pun ada pendirian aku.. dan aku takde bapak nak fight untuk aku.. so semuanya aku kena fight sendiri.. mak aku tak angkat tangan tadi, so tak dikira derhaka laa..


Aku bukannya sesaje nak jadi hero, tapi semua patut paham la kan. it's our future that is at stake here. patut benarkanlah kami tentukan, or at least bagi pendapat dalam menetukan masa depan kami sendiri. so biarlah kami pilih jalan yang lebih selamat. kalau kami buat pilihan yang salah, we have just ourselves to blame. tapi kalau parents buat pilihan, dan pilihan itu salah? merugikan kami? takkan nak suruh kami salahkan ibubapa kami sendiri?? 


So aku personally mahu memilih untuk stay and fight. biarlah lambat sikit fly tu, asalkan impian dan masa depan kami sebagai doktor, terjamin selamat. (kalau fail tu lain cite laa.. na'uzubillahi min zaalik. mintak jauh..)


Dan mintak maaf kepada rakan2 di USM KLE, aku akan leave group kat facebook tu. bukan taknak kawan dgn korang, tapi semua yang dipost kat situ dah takde kaitan dengan aku. dan tengok post2 korang buat aku rasa sakit hati.. bukan nak salahkan korang, tapi aku just nak jaga perasaan aku. harap faham. nanti kalau ada rezeki aku sampai sana, aku join la balik..


    .
    .
    .
    .
    .


    Yang Pasrah,

Friday, September 16, 2011

Stress: Release!

just exactly our feelings


16 Sept 2011

Dengan apa yg berlaku, semua stress. so sebagai hero, muncul menyelamatkan keadaan. 
heheh

sori la kepada yang balik sebab x dapat ikut, aku bawak set2 yang stay ni gi rumah aku. mak aku buat lontong. tak tau apa itu lontong? kebandaran sungguh. Google sendiri. 


6 orang je..

makan sambil cakap. hahah


kenyang


Then aku pun bawak diorang gi tempat fevret aku untuk release steam. Pantai Senak. Jangan tanya aku kenapa nama dia camtu. dekat je dgn umah aku..

sila klik gambar untuk fullsize image

 




aku snap candid. nama gambar ni aku bagi,
"Happy Family"



Hanif sempat bergambar dengan pelawat

ni gambar tanpa pose. semuanya natural feelings

kami dah terlalu hampir putus harapan



merenung masa depan









dan begitu lah.. aku tak nak cerita banyak2 sangat, just pictures explain everything. hahhh....
 then aku hantar diorang balik USMKK, diorang semua, especially girls say thanks, sebab bwk diorang release stress.. dan lepas tu aku balik rumah, 
sebab akak aku nak mintak tolong beli sate..

Dan kami masih perlu bersedia untuk perjumpaan lapan mata ahad ini..
USM, MARA, Parents dan Students. 
entah apa laa keputusannya, dan entah kemana laa diorang nak campak kami..
hmmm.....

.
.
.
.
.
Yang Masih Stress,

Wednesday, September 14, 2011

Nasib Kami Masih Samar



14 Sept 2011

Aku dah ceritakan dalam entry lepas, pasal macamana nasib kami 21 orang (in the record, walaupun yang sebenarnya cuma ada 19) pelajar USM-KLE yang terkandas disebabkan kerenah birokrasi set2 Malaysia Medical Council. kalau belum tau pasal cerita ni sila klik sini.

So tibalah masa yang dinanti2kan, iaitu pengumuman keputusan mesyuarat tersebut oleh Timbalan Dekan,  Prof. Dr. Shaiful Bahari. (klik link untuk profile beliau. respek beb..) atas dasar hormat, aku tak snap gambar dia. perjumpaan dengan beliau dibuat di Pusat Akademik, USMKK.. so, lepas kuliah, pergilah kami beramai2 ke bilik mesyuarat tersebut..

(kami semua anxious, yang senyum2 tu semua sebab posing nak tangkap gambar je..)
(kalau nak tengok gambar dalam resolusi besar, sila klik pada gambar, atau right 
klik dan "open in new tab")


overposed





kalau korang perasan, si Ruby bertudung purple tu senyum je dari tadi. tak takut ke??


risau kot.. hal masa depan ni..





Maka Dr Shaiful pun masuk lah..
Keputusannya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah penat scroll down? hahah.

so keputusannya, masih belum ada.. sebab Dato' DG (aku tak tau nama sebenar dia) tak hadir masa mesyuarat. kenapa? dia pergi mesyuarat kabinet.. bila ada dua mesyuarat overlap, dia terpaksa pilih yang lebih penting laa.. (ingat masa depan kami ni tak penting ke??)

Tapi Dr. Shaiful ada bagi hint, in summary, kami ada 3 possible option. 

1: stay kat USMKK sampai habis 5 tahun
2: still dapat MARA, tapi diterbangkan ke tempat lain. maybe Indonesia, atau India, but not Belgaum
3: spend first year kat USMKK, then next year kami fly ke Belgaum. twinning 1+4. (first in history)

okey aku mengaku, yang pilihan ketiga tu cadangan aku, dan Dr. Shaiful kata dia akan bincangkan dangan MARA. aku kemukakan cadangan ni pun sebab terfikir, kata lah kalau kena stay sini, next year kami terpaksa memandang sahaja budak2 yang supposedly jadi junior kami datang orienasi dan fly, setiap tahun, sedangkan kami stuk di sini for like.. forever?? hmmm...


tapi beliau ada janji, kalau dalam masa 2 minggu masih tak dapat apa2 keputusan dari MMC, USM sendiri akan buat keputusan untuk kami. dan terpaksalah kami berkampung for another 2 weeks..


ape pun, USM-KLE di Belgaum tetap my, and everyone's top priority.





dan masa kian berlalu.....

.
.
.
.
.
Yang Masih Mengharap,