Thursday, November 10, 2011

Aidiladha di Perantauan (part 1)




11/11/11

Cantik betul tarikh hari ni. takkan berlaku lagi untuk 100 tahun. so, tengok gambar lembu, mesti korang dah bajet aku nak cerita pasal apa. tapi wait, there's more to it. sila baca sampai habis..

(banyak gambar saiz besar. so loading mungkin slow)

for some reason, AidilAdha kat India ni dia lewat sehari dari Malaysia. konpius jugak, kalau dari segi geologinya, dia takde la jauh sangat dai Malaysia, so agak pelik laa timeline sampai lambat sehari, tapi menurut Arip Bhai, (Arief Azman), diorang perlambatkan sebab diorang taknak sambut lebih awal daripada tanah suci. mungkin sebab mazhab Hanafi yang ajar kut. mana aku tau...

apepun, kite tengok sepanjang empat hari beraya.

Raya Pertama

Islamic Society USM-KLE (ISOC) menganjurkan majlis semayang raya, dibuat kat padang kecik yang ada kat kampus kitorang. bukan apa, nak semayang raya kat masjid bukan takleh, tapi ada dua hiccup yang x disukai:
  • Mazhab Hanafi tak bagi pempuan semayang kat masjid. jadi kaum wanita di sini bangkit menentang.
  • Khutbah diorang dalam bahasa hindi. sape paham?? Arip Bhai sorang je...


so kami buat la semayang raya, diimami prez of ISOC himself, saudara Hanif Hashim.



lepas semayang, biasa laa, ngambik gambar. ni semua gambar pakai kamera orang lain. aku.. errr... bukan tertinggal DSLR, tapi tertinggal bateri dia dekat charger. nyesal sungguh..

dari kiri: Rashdan, aku, Arip Bhai dan Hanif Tarmizi.

Saudara Juraimi (pink) dan ketua batch, Saudara Fazmi (hitam) yang baru pulih dari sakit pun join sekali

they are playing by the trees, and they are happy.
Happy Tree Friends??
 Lepas tu, kitorang pergi ke rumah uncle Mustad untuk upacara penyembelihan korban.
Uncle Mustad ni memang banyak tolong kitorang. lembu2 sebanyak 
12 ekor yang kami korbankan pun dia yang tolong ejaskan.


Amir Izu sempat bergambar dengan anak penduduk local

ready dengan pisau

"Hok Mano gak gege tuh!?? Senyak gak sikik!!" -Fareed


aku rasa macam horor je gambar ni. haha


budak kecik ni nama dia Sufian. tu abang dia yang pegang.
cuba tengok, muka dia ada iras Maher Zain tak?




akak2 senior bersama2 rakan baru diorang tengok orang sembelih lembu dari atas bumbung. 


hepi nampak??
pakcik ni la tukang sembelih. tengok baju dia. bloody.




Kalau kat Malaysia, untuk merebahkan sekor lembu, diorang terpaksa buat jerat, tangkap kaki lembu tu, pstu tarik ramai2 sampai lembu tu jatuh terbaring. betul tak?

Haaa.. kat sini, tukang sembelih tu rebahkan lembu tu sorang2 je. nampak tak dia paut tanduk lembu tu, pastu tahan kaki dia sampai lembu tu jatuh. hebat tak??

tengok mata pakcik tu


sebelum semelih dia bagi lembu tu minum air dulu. tak tau kenapa.


diorang sembelih kat belakang rumah gitu je, so darah tu diorang tadah dengan besen.


start potong dan bahagikan daging.


tu jelah untuk hari pertama. kitorang disuruh pergi ke tempat semelih tu pukul 11, tapi pukul 2.30 baru sekor lembu kitorang yang disembelih. (sebelum tu dia potong lembu orang kampung.) so yang sepatutnya 6 ekor yang sepatunya tumbang hari tu dah tinggal 5 ekor je. lagi sekor next day. aku frust tunggu sampai pukul 2.30 tu, so aku pun balik awal, dan tak terlibat dalam pembahagian lembu hari tu.


Raya Kedua.

Hari kedua ni, takde keje lain, dok wat benda ni je.


7 ekor lembu, dari pukul 11 pagi sampai 6 petang straight. penat woo.. 
tapi Alhamdulillah puas hati.

.
.
.
.
.


bersambung...
Aidiladha di Perantauan (part2)

2 comments:

nak komen? komen laa..