Saturday, September 3, 2011

Persediaan Fizikal Nak Masuk U



Wey lah, malas nye rase nak update blog.. xde idea. tapi memandangkan aku lagi 2 hari j tinggal nak daftar kat USM KK, so let's talk about the preparation. shall we?? 


Orang kata, nak gi masuk U ni, especially oversea macam aku ni, (alah, India je pon..) kena ada persediaan mental dan fizikal.. bagi aku, mental dah lama dah sedia, sejak mula2 dapat tau result lagi. Fizikal je belum ready. packing x siap lagi. hahah. aku ni memang excited nak gi tempat baru ni.. ingat lagi, masa kat matrik, ada lecturer tanya dalam kuliah, "siapa rasa takut nak exam PSPM ni? angkat tangan". semua orang angkat. aku tak angkat. bukannya aku overconfident ke, dah bersedia 100% ke.. tapi aku rase macam.. "alah, exam. nak takut ape? keluar soalan, jawab.. bukannya dia tanya benda yang tak pernah belajar.." lebih kurang gitu laa.. cumme ada sorang je kawan aku tu, tak angkat tangan jugak. hahah, kitorang memang satu kepala.

Ok, benda wajib yang perlu dilakukan: SHOPPING!! ye lah, aku ni pakaian semua "berlapuk" bak kata mak aku. so gi la shopping, cari pakaian yang elok sikit.. bila? katne? bila-bila masa di mana jua. hahah. ok, antara yang biasa dishoppingkan adalah:-

Pakaian.
of course lah..
semua baru keluar plastik. label pun tak cabut lagi..
baru kemas. kat belakang tu semua sampah yang terhasil.
aduhh, sakit belakang aku dok melipat baju. (x biasa lipat baju. hahah. biasa sangkut je..) seluar baru ada je, tapi x snap sebab dah masuk beg..

lain lainnye:

Jaket.
 maklumlah, India tu luar garisan khatulistiwa, so ada musim sejuk.. plus, aku memang jacket guy pun..
smart tak? hehe..
eh, maksud aku jaket tu.. jangan tengok aku, aku tau aku tak ensem..


Beg.
aku tak beli beg luggage troli tu, pasal yang lama punya elok lagi.. tapi aku beli beg galas yang besar ni. brand Deuter, 70Litre. aku beli yang murah je, harga kilang. lawa pulak tu.


Jam Tangan.
yang ni mungkin tak perlu sangat sebenarnya, sebab aku dah ada jam.. tapi aku memang dah lama nak beli jam ni, sebab dia lawa. kena pulak time tu dia tengah buat promosi merdeka. dalam 70% jugak diskaunnye.. fuhh! apelagi, angkat terus..


ni ape orang pangil ek? errr..

Desk-Top Decoration??
aku beli lah transformers ni sebijik. lantak korang ah nak kata aku macam budak2 ke, ape ke, aku beli untuk aku, bukan nak bagi korang..
credits to Ariff Rumy Azmy utk Bumblebee ni. aku punya lain sikit, tapi lebih kurang laa..

haa.. yang ni spesel sikit.

Kamera DSLR+aksesori
aku beli kat eBay. canon EOS Kiss x4. cari kat malaysia xde ni, sebab ni versi jepun. versi mesia punya EOS 550D. aku xtau macamana nak ambik gambar kamera. sebab aku xde kamera spare. hahah. so aku ambik dari google jelah..



Laptop.
heh. ASUS. Core i5, NVidia CUDA 1GB, DDR3 4GB RAM, 500GB HDD. terbaeekkk.. cukup murah untuk spec sehebat ini. hahah.




Makanan.
 perencah masakan, perencah nasi goreng.. kopi segera, hot chocolate.. (aku perlukan kopi supaya tak nanuktg dalam kelas..) santan, sardin kicap cuka sos etc etc aku x decide lagi nak bawak ke tak, sebab x pasti yg ni semua dah exceed belum limit 20Kg tu..


tu jelah kot. banyak lagi aku nak beli sebenarnya.. henset, kasut,(kasut takleh beli lagi, sebab aku dah ada banyak kasut, dan yang lama masih elok. hahah), periuk belanga kuali senduk sudu garpu pinggan mangkuk ayun peti sejuk mesin basuh.. tapi takkan nak bawak semua tu dari Malaysia? hah hah.. 

papepun, aku rasa tak sabar nak pergi tempat orang. memang laa, kena tinggalkan semua yang tersayang kat Malaysia ni, tapi semua tu perlu.. bermusafir kerana nak menuntut ilmu, satu perjuangan yang besar rintangannya. jihad di jalan Allah, even kalau ditakdirkan maut pun, aku dapat mati syahid.. ^_^


Yang Semangat Nak Belajar,

Disclaimer: semua gambar dari google adalah hak milik pemilik gambar2 tersebut masing2.

5 comments:

  1. oit,woven boxer nak tunjuk gak ke??hehe..malu lah saya..tengok benda tu..aaaa~~

    mewah betul..laptop sebijik,dslr lagi..huish..memang best..

    p india jan lupe saya..pas nie kacau dari fb je k??hehe..

    ReplyDelete
  2. lah, yang gi focus kat benda tu kenapa?? t-shirt yang lawa2 kat atas tu xnak tgk??

    ReplyDelete
  3. n now, siapa kata girls je kuat shopping? :p

    ReplyDelete
  4. pergh...masyuk la kau shopping..sumer branded n trendy lah...heheh...

    ReplyDelete
  5. Nureen: haha.. kena..
    Syazwan: eh, ape yang branded wan? Maggi? hahah

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..