Thursday, September 29, 2011

Berakhirnya Sebuah Penantian

28 Sept 2011

Penat pusing2 hospital sebagai pelajar medic tahun satu. sebenarnya aku time tu dah nekad nak pergi ke MSU, so tak perlu pun ikut diorang jumpa patients, buat amali, ambik tandatangan Ketua Jururawat (Sister) tu semua, sebab nanti kat Bangalore boleh belajar lagi.. tapi aku rasa, ilmu dan pengalaman ni dah ada depan mata je. rugi kalau tak ambik. 

Tengahari.

Kami (yang nak ke MSU, tapi masih berada dalam kampus) dipanggil lagi ke Pejabat Akademik. Jumpa dengan Encik Amyrulhan. beliau bagi briefing pasal perjalanan ke MSU Bangalore, yang mana kami akan ke KL esok malam.. tapi ada satu ayat beliau yang buat hati aku tak tenang.

"Dua jam lalu, saya dengar MMC tak luluskan kamu ke KLE. tapi setengah jam lalu saya dengar MMC dah bagi lulus. cuma saya tak tau dia luluskan tu dengan syarat atau tanpa syarat. kalau dengan syarat, mungkin kena tunggu dia buat lawatan dulu, yang mungkin ambik masa lagi satu bulan.."

aku pun, "lah, kena tunggu lagi? kalau sebulan saya pergi MSU jelah.."

then beliau suruh kami semua sekali datang lagi tengahari esok.

Petang.

Berkumpul di Red Square (satu dataran di bawah dewan kuliah (dewan kuliah kami tergantung kat tingkat tiga) yang ada meja2 batu, dan lantai dia bata yang warna merah tu.)  sebelum pergi wad Surgery. then kat situ aku dapat berita, MMC dah luluskan kami pergi. TANPA SYARAT.


Sujud Syukur. Alhamdulillah..



Bagaikan akhirnya terjumpa cahaya setelah melalui sebuah terowong yang panjang dan gelap gelita. bagi mereka di luar sana yang tidak perlu melalui terowong ini, mentari adalah suatu objek yang tidak signifikan. tapi bagi kami, ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai. "A relief that worth tears and blood"



29 Sept 2011

Perjumpaan untuk memberi kata putus. sekarang yang nak ke MSU dah takde dah, cuma pilihannye ke KLE atau stay. malangnya, kami terpaksa berpecah jua. ada tiga lagi daripada 15 orang yang tinggal (tak ke MSU) yang akan stay, meaning, takkan bersama kami ke India..
  • sorang tu anak sulung, mak dia ibu tunggal, so dia rasa ada tanggungjawab kat keluarga. nak balik pun mudah..
  • yang sorang tu sebab masalah kesihatan.. kaki dia sakit kalau kena berjalan jauh..
  • yang lagi sorang tu sebab.. ntah laa.. mungkin dia suka sangat dok sini kot..
Apapun, secepat mana pun kami nak pergi ke sana, pengiring kami masih belum ditentukan lagi siapa.. dan pengiring tu belum ada visa nak ke india.. so nampaknya kena tunggu lah lagi seminggu.. beliau kata lagi, Flight kami dijangka antara 4-8 Oktober. so kawan2 di KLE, sila nantikan ketibaan kami dengan karpet merah ye.. heheh. Lambat sikit pun takpe lah.. kami belajar dulu kat sini..


Nampaknya ini adalah episod keenam, episod akhir cerita sedih kami. (yang Hari-Hari Terakhir  tu bukan dari siri ni ye..) sebab punca utama stress kami dah takde..

    .
    .
    .
    .
    .
Yang Tak Nak Stress Stress,


4 comments:

  1. bagus lah kalau camtu..
    sy tumpang gembira utk pljr2 KLE yg akn ke sane..
    penantian korg mmg berbaloi dan semoga xde lagi halangan dlm perjalanan korg:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.congrats bro.semoga kita sama2 menjadi doktor yg berkualiti tinggi kelak.aku akan sentiasa ingat nasihat2 kau.thanks very much :)

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..