Tuesday, August 23, 2011

Al-Kisah Cicak (WARNING! CONTAINS LIZARDS)

korang mesti kenal cicak kan? (melampau laa kalau tak kenal cicak). mesti kenal, sebab kan cicak ni dah feymes, siap ada filem lagi..


Okeh, aku bukan nak cerita pasal cicakman atau planet2 hitam ka kelabu kaa.. ni nak cerita sedikit pasal benda misteri yang berlaku kat rumah aku.

ceritanya bermula dengan kehadiran sang semut.

okey gambar kat atas ni diambik dari aqemuhaymin.blogspot dengan bantuan pakcik google. memang bukan aku punya, tapi lebih kurang macam ni lah keadaannya kat rumah aku. macam2 spesis semut ade kat rumah aku ni. yang hitam, yang merah, dari sekecik2 sampai sebesar2 kerengga ada. (tapi kerengga xde laa dalam rumah, kat luar, atas pokok rambutan.) sampai makanan pape xleh dibiar sekejap, mesti diorang datang.

so, abang aku yang fedup ni ambik laa langkah menentang balik, dengan membeli racun semut..
racun tu diletakkan atas satu sudut kabinet, tempat semut selalu lalu
yang sial nye, semut2 tu semua takde pulak yang mati. semut2 yang mati dalam gambar diatas sebenarnya selepas disembur dengan ridsect..

okey, nasib baik laa racun ni ada guna jugak. tengok gambar dibawah.
cicak mati. dekat dengan tempat tabur racun tu.

sori aa gambar gegar.. tapi at least korang nampai kan ape yang terjadi kat sini.. racun yang dibeli untuk membunuh semut tanpa disangka-sangka telah membunuh cicak (yang memang tengah menyerang rumah aku ketika itu.) tak terkejut lagi? lihat dibawah.


merata-rata ada cicak mati. bawah meja makan, dalam tong sampah, yang melekat kat dinding pun ada. yang aku jumpa cuma empat ekor, tapi ni semua lepas dibersihkan oleh abang aku.. sebenarnya sebelum aku sampai ke tempat kejadian, ada berbelas-belas ekor cicak yang terkorban, semuanya scattered sekitar tompokan racunn semut tu. so x dapat laa korang tengok scene yang ngeri tu.. (hahaks). 


kalau korang perasan, cicak yang atas sekali tu ekor dia lain sikit.


cute tak? haha

so demikianlah ceritanya sang cicak dan keluarga mati kerana racun semut. mungkin pembuat racun tu salah label kot.. sekarang dah x berapa ramai cicak yang kelihatan kat rumah aku ni. bagus lah, dah takyah risau berjalan terpijak taik cicak. haha

.
.
.
.
.
Yang Tak Suka Cicak,

7 comments:

  1. hahahahaha.aku taktau kenapa anti dengan cicak + lipas -,-

    ReplyDelete
  2. adoooiii pegang cicakk....geli gelimann...hahahahhaha....tapitakpe bunuh cicak tu bagus dalam islam

    ReplyDelete
  3. alah ni baru mayat cicak.. segar lagi.. nanti kan kena pengan mayat orang.. yang dah takde rupa orang.. lagi laa seriau..

    ReplyDelete
  4. mayat orang takpe. mayat cicak jgn beb

    ReplyDelete
  5. Yalah racun beli kat mana? Yg pasar minggu ada jual atau di kedai runcit. Tk

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..