Friday, August 19, 2011

Bazaar Ramadhan: WARNING! VIEWER DISCRETION IS ADVISED

Hmmm.. second entry. dalam entry lepas aku ada kata nak explain tentang "GRAPHY" part dalam title blog ni.. tapi.. disebabkan bulan pose dah nak abis, jadi aku terpaksa dahulukan tajuk ni. macam pelik laa kan kalau entry ni dibuat selepas raya.. hmm.. macam yang aku cakap, PARA PEMBACA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MEMBACA ENTRY INI KETIKA BERPUASA. PIHAK PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG PEMBATALAN PUASA YANG BERLAKU. TERIMA KASIH. haha..

Okey. entry ni tentang bazaar ramadhan di Kota Bharu. lokasi: Stadium Sultan Mohamad. terkejut jugak aku, dekat Kelantan pun ada bazaar sebesar ni.. erm.. nak cerita pun tak reti sangat, so ape kate korang tengok gambar je.. mungkin loading lembab sikit, sebab banyak gambar.


kak, senyum laa sikit..

kuih muih. korang nampak tak kuih bulat2 warna putih tu. kepada sesiapa yang tak kenal, itu lah namanya kuih taik itik.. nama dia pelik sikit, tapi rasa dia perrghh.. top class gituu..

kuih2 tradisional kelantan yang beraneka jenis serta menggiurkan. lelehh..
yang panjang2 tu jala emas, yang kuning dan oren yang dekat ni sama2 buah tanjung, yang oren kat belakang tu nekbak (aku tak tau macamana nak eja, aku eja cara aku sebut dah laa..)

semangat  betul abang ni bakar ayam golek sampai terperangkap dalam asap. saluuttt


agar-agar pelbagai warna. tak tau sedap ke tak, tapi rupa luarannya sangat menggoda..

nasi beriani. periuk ni kalau tengok sendiri, saiz dia boleh buat bathtub. besar gila. tapi pukul 5.45 petang dah licin dah. sedap sangat kot..

haa yang ni paling xleh tahan. ye laa, puasa kan.. 

manis je akak ni posing masa aku nak snap. hihii..

nasi ayam. teringat masa kat matrik dulu, macam ni laa..

kepakaran abang2 ni menggoreng mi, nasi dan juga kuey tiaw dengan pantas dapat disaksikan pada tangan2 mereka yang nampak blur. terer betol..

badut pun ada, dok buat bentuk belon kat budak2. aku ingat lagi dia cakap kat budak pmpuan tu, "adik nak kucing ke, rama-rama?"

telur penyu. eiii.. makcik seludup yee...

fishball goreng dan kawan2nya.

lauk2 percik

kuali goreng ayam untuk nasi beriani. hiii.. dia letak tepi jalan. ni kalau terlanggar ni...

kuih muih

kuih muih lagi

aku notice ada puding kastard dan sira labu. terliurrr..

air lagi..

ikan bakar. patut laa tak rasa terliur sangat, belum masak..

pakcik ni laa yang bakar..

huuuu.. ikan patin masak tempoyak.. fevret aku.. nanti kalau kawin nanti isteri aku tu mesti pandai masak gulai tempoyak ni.. (hihik)

"weiii, ramai nyo ore mari ngambik gamba. kemarin wartawe Metro mari ambik gamba", kata abang ni. bang, saya ambik gambar saje saje jee.. bukan wartawan.. (mungkin sbb tengok aku pegang DSLR dia ingat aku wartawan kot?)

Fishball and Family lagi..

"famous aku hari ni".
ayat takleh belah yang aku dengar abang ni sebut..

aneka lauk.. makin lapar dibuatnya..

murtabak

ikan keli percik. cambest. tapi tak terbeli. xtau kenapa.

kuih2 berkuah. aku nampak pengat pisang, yg oren tu netbat, yg warna warni tu puteri mandi.


ayam percik. memang terliur..

"jual dehh.."

nak beli ke taknak ni??

daging kebab. tapi belum masak lagi..

yang ni aku kena explain jugak ke dia tengah buat apa??

kuih lagi..

eh, senyum pulak akak jual somtam ni. aku nak ambik gambar somtam dia je, tak pasal2 termasuk dia sekali haha

ikan emas orang buat lauk ke??

banyak gila tebu. huhuu..
and thats it! harap korang terhibur. ^_^


Yang Puasa,

2 comments:

  1. pheww , dapat akok satu bapak la bestnyaa .

    ReplyDelete
  2. akok kedut!! akok kedut!! tigo duo ya!! haha

    sampai sekarang aku belum rasa akok bunga. tak tergerak hati nak beli. sbb mahal kot..

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..