Friday, January 6, 2012

Testing: Wildlife Photography

errrr... bila dah ek? dah lama sangat aku pun hampir lupa.

28 Nov 2011


Hah, amek kau. Tahun Lepas! haha.. kan dah kena title "Blogger Tak Berdisiplin" macam dalam contoh artikel Bahasa Malaysia. 
(ah, ape aku kesah, blog aku. bukannya aku paksa orang follow demi duit pun..)
Back to the point, post ni sepatunya dah ditulis tahun lepas lagi.. tapi disebabkan tuan punya blog terlalu busy, (atau perasan busy), maka tertangguhlah sampai hari ni.

Nak cerita nya pasal Wildlife Photography. genre ni susah nak masuk, sebab seseorang tu perlukan benda2 yang agak costly, seperti DSLR, dan Zoom Lens yang agak bagus la.. paling penting, kesabaran, sebab nak tangkap benda hidup yang sentiasa bergerak ni, 
(laju pulak tu), memang takleh pakai nasib je. aku ni dok tercongok dekat beranda tingkap bilik kat tingkat 5 ni, pegang kamera, tangan sentiasa di shutter.

View biasa dari tingkap aku

Hari tu nampak ramai je helang dok berlegar kat langit. helang ni Arep kata jenis Falcon, bukan Eagle bukan Hawk. macamana dia kenal aku tak pasti. tapi lantak la, dah namanya helang, mesti nampak keunggulannya..

terbang membelah awan


Mencari mangsa. yeah

hah. yang ni dia terbang dekat atas kepala aku. maunya tak seronok.

gambar style silhouette. background terang, subjek nampak bentuk je. 

Hari yang aku snap ni, angin dia kuat gila macam kat pantai. pastu banyak pulak burung. dan banyak jenis. tak tau kenapa, dua tiga hari lepas tu masa angin takde burung2 ni pun hilang.

masa tu ada la jugak burung merpati terbang berpasangan..
(tak sempat tangkap skandal diorang)


 Time nak snap merpati ni la paling mencabar sekali. sebab diorang suka statik. 
masa dia dok bertenggek macam gambar atas tu, aku dok membatu dengan posisi paling stabil, mata kat eyepiece, tangan kat shutter half-pressed, aim tunggu masa dia buat aksi lain (selain bertenggek laa). tak kira la bersihkan sayap ke, flight stance ke.. 
nak dijadikan cerita, lima belas minit aku aim macam paparazzi, sejenak menggeliat sakit belakang, tengok dia dah terbang pergi.

.
.
.
.
.

sungguh cheit sekali.

tapi dapat gak aa akhirnya..


smart tak?


 balik kepada cerita helang, dibawah adalah "My Pride and Joy".
 satu kepuasan peribadi yang nak dikatakan.

dia tengah swoosh ambik selekoh tajam. mata dia eye contact dengan lens. priceless


kat bawah ni pulak aku tak tau burung spesis ape. leher dia boleh panjang pendek. cool.
 sedap je dok bertenggek atas pokok. level: sama dengan tingkap aku. perfect


yang ni lepas dia terbang ke pokok yang lebih rendah sikit. gelap sikit sebab bawah tu macam hutan.


luar cerita. ini aku tangkap time jalan kaki balik main tennis.
testing-sport-photography

Sebenarnya ciptaan Allah itu luas. dan setiap perkara ada keindahan tersendiri yang Dia letakkan. Terpulang pada bagaimana kita melihat, dan cara kita menilai keindahan tersebut.

Tu jela dulu. len kali aku post lagi gambar yang lawa2.

.
.
.
.
.
Yang Melihat dan Menilai Keindahan,





2 comments:

  1. subhanallah wehhh lawa gilaaa kau amik gamabr wehhhh.sblm ni mmg aku tau kau tera,tp these pics are simple magnificent weh :D

    ReplyDelete
  2. tq2. teruskan menyokong. tengah belajar lagi ni...

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..