Saturday, October 15, 2011

To The Mystical Land of India



huhh, akhirnya ada jugak masa nak update blog. bz je memanjang. ye lah, dah la sibuk dengan study, weekend pun sehari je. nak update blog, teringat lecture tadi belum cover. bab semalam belum revise. lecture esok belum baca. aduss.. ni seb baik tadi End Block Assessment. esok ahad (cuti). so sempat aa kot nak curi masa sikit..


so biar aku cite sikit demi sikit ape yg aku intend untuk cerita. untuk post kali ni, lets make it for our jouney to India.


err.. bila dah ek??


6 Oct 2011 ??


Ok. perjalanan kami secara kasarnya comprises of 3 flight.


KB-KL,
KL-Bangalore,
Bangalore-Hubli.


meaning, Jet Lag times Three.


pagi tu kat Airport KB, encik Amyrullhan belanja KFC.


beraturrrr....

hah. tiga pinggan sekali. haha

Ryan jadi tukang serve sos. cam lawak je. haha


Encik Amyrull xleh pisah dengan Galaxy Tab dia. haha

random capture


Aku tak makan, sebab aku dah makan nasi bungkus kat rumah sbelum tu.. (diorang semua Encik Amyrulhan bawak dari hostel USMKK lg..) aku ni sebagai penduduk local, tido kat umah dan family aku hantar kat sini..

flight kami baru nak turun tu..

family aku. kecik je.. abang, akak, mama. peluk cium siap2 kat sini..

And so kami pun berlepas laa..


Eh jap. ada satu peristiwa yang berlaku masa kami dalam pesawat tu. masa tu pesawat dah atas track dah, tapi ada sorang makcik nangis2, anak dia kena sawan.
"takdi suruh make ubat doh.." 
kata makcik stu ambil nangis2. aku tak nampak, sbb seat aku jauh sikit. pastu kapten pun buat pengumuman.
"minta kerjasama dari para penumpang, jika ada doktor atau pakar perubatan dalam kalangan penumpang, sila hubungi krew pesawat dengan segera"
masa tu aku tengok Ryan, Ryan tengok aku. "belum lagi.." haha..

Lepas tu flight masuk balik hangar, keluarkan makcik tadi dengan anaknya, bawak gi hospital.
lepas tu baru terbang.. dan Fortunately, aku dapat seat tepi tingkap..


ni Pantai Kemayan/Kemasin (belah yang kaler gelap sikit tu.) pantai senak belah kanan sikit..
masa ni pesawat ambik turn. 

Subhanallah.. cantiknya awan.. 

bentuk muka bumi apa tu?? tak pernah tengok pun..
Katne entah
tengah brek. xtau kenapa asap tu keluar.
Lepas tu sampai lah kat KLIA. masa tu baru pukul 12 lebih. flight ke Bangalore pukul 9 malam.. 
so merayau lah dekat KLIA tu.. and to our suprise, our supposed-to-be-flying-with-us friend, Dina Amir
sambut kami kat situ. dengan mak dia pun ada sekali.

Thanks Dina. we'll miss you. good luck in the fight ahead.
macam aku cakap tadi, kami buang masa.. pastu aku baru perasan, 
KLIA punya architecture ni hebat gak sebenarnya..



tibalah masa nak check-in. sebelum berpisah, diorang ambik peluang ambik gambar.

Family Arief

Family Nadia

Atiqah dengan makcik dia

ini... maaf, bukan family. haha
ada la yang dok sedih2, nak pisah dengan family. aku tak rasa pape, sebab dah pisah kat airport KB. Ryan lagi best, pisah kat airport Kota Kinabalu. hahah.
Sempat lagi nak menggedik

"kami pergi dulu"
 ok, oleh kerana flight ni malam, so aku tak snap dalam flight.
kot luar tingkap pun bukannya nampak..

Sampai di Airport Bangalore, (local name Bengaluru), kami terpaksa bermalam di situ. 
tidur pun bersepah2. takpe lah..

saja nak pedajal kawan2. haha

sweet gila haha

ni laa tuan dia yang sebenar.. nampak ada iras dah, melainkan mata. haha


Takleh nak post sangat gambar orang tido ni.. papepun, Pagi esoknye,



sempat lagi?


lepas pada ni, kami naik sebuah pesawat kecik, ke Hubli. nama je
kapalterbang, tapi kecik dan pendek. macam bas. kipas dia pun kat luar.aircond pun takde.. hahah. nasib baik laa aku datang India ni bukan sebab nak naik kapalterbang. dan lepas ini jugak, kamera aku habis bateri. xleh nak snap dah perjalanan naik bas India yang macam roller-coaster tu. haha

Ape pun, sekarang, kami dah sampai. semua cerita sedih campak belakang. ada pelajaran
yang susah di hadapan kami, yang kami takde pilihan melainkan lulus.

So India, here we are. what waits ahead??
-Now for that, we'll just wait and see.

.
.
.
.
.
Yang nak tunggu dan tengok,



1 comment:

nak komen? komen laa..