Monday, September 12, 2011

Malang: Mengapa Aku??



Aku rasa mesti korang tertanya2 apesal title kali ni plek sangat, kan? sebenarnya aku nak cerita pasal aku punya orientasi kat USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. gambar pun tak banyak sangat ambik, sebab DSLR tu berat.. =_=''

So first day, oleh kerana USMKK ni Medical punya kampus, so diorang buat medical checkup. tak semua, just blood test je..

tunggu giliran wat blood test
gigi sapa tu? hahah
tu Rashdan Roslan, fellow bloggers. hahah

Amyrull Fazmi (kiri), merangkap boss kitorang
cheit. aku nak candid, dia pegi posing pulak..
cucuk satu..
cucuk dua..
cucuk tiga..





nak kemana2 kena cross padang!! siot toll..

dia nak curik2 snap kitorang, aku snap dia balik. hahah
candid lagi
dan lagi.. 
jalan sama2
The second day, time Prof Dr. Sheikh (aku rase la) tengah beri taklimat pasal kelas2 extra (non-medic ones) kat India tu, datang la sorang akak senior tu panggil nama aku dengan sorang member pompuan ni. ingat ape, tup2 dia kata darah aku yang diambik test semalam takleh nak proses. so terpaksa laa kami ambik test sekali lagi.. dua kali cucuk. member aku ni, Anis nama dia, (sori ea nis..) lagi teruk kena. doktor tu cucuk sekali, ambik 3.5ml darah, tapi pembantu dia tegur, kata yang ni orang atasan suruh ambik 5 ml.. so.. tepakse laa cucuk sekali lagi.. tiga kali cucuk. best.. aku sakan gelakkan dia haha..

petang tu, time nak gi rehearsal untuk Welcoming Ceremony (majlis rasmi, baca ikrar etc) tu, doktor pagi tadi sekat kami (aku dan Anis laa), dia kata blood test aku yang kedu tu ada masalah lagi. kali ni ape tau? Positif Hepatitis C. giillaaaa.... Kompem2 False alarm, sebab 

Hep C punya transmission include:-
Injection drug use
Blood products
Sexual exposure
Body piercings and tattoos
Shared personal care items

aku tak pernah agi buat tu semua.. tapi anyways, terpaksa laa ambik test untuk kali ketiga...

Anis cucuk macam biasa je.. turn aku, cucuk sekali kat tangan kiri, pastu tak kena urat. dia masuk jarum, tarik sikit, condong kanan, condong kiri, sedut2 tak dapat jugak. pastu kena la cucuk belah kanan.. baru dapat.. so empat kali cucuk. si Anis tu beriye gelakkan aku, balas dendam yang pagi tadi. ciss..

tapi best aa, aku dgn Anis lepak kat klinik pelajar tu sampai rehearsal yang membosankan tu abis. haha

next day, ni yang masalah. Malaysia Medicine Council kate USM boleh hantar sebahagian je dulu gi India. takleh semua terus. so tau macam tu, MARA wat official request kat USM supaya antar budak2 dia dulu, namely budak2 Kolej Mara Banting, yang ambik International Baccalaureate (betul ke aku eja?) dan yang dengan undecided fate nye, budak2 Matriks, PASUM dan Asasi. dia tanya sapa nak jadi volunteer untuk stay belajar kat USM KK ni sementara waktu, tapi soon lepas tu dia kata,
"Akhyar dengan Anis, you berdua kena stay lah, memang kena stay sebab.. you know the reason lahh.."
Damn.. tak diberi pilihan pun..

aku tanya kawan2 budak KMB tu, "korang wat ape kat atas masa proses pengundian tu?" dia cakap, "menonton lah.. best kot, macam proses penyingkiran kat program realiti tv. aku siap rakam lagi haha.." siot tol.. aku baru teringat nak ambik video tu, dia dah fly dah. -_-''.. so takleh la nak upload sini.. maybe next time.. 

so sekarang ni nasib aku and the gang masih kabur lagi. bak kata Dr. Shaiful Bahari, worst case scenario, kami semua kena stay selamanya, meaning kena study medicine kat USM KK ni 5 tahun.. aku ni kat sini jiwa aku dah kat india dah.. jadi soulless..

tapi insyaallah, harapan masih belum pudar, maybe in the next few days, kami akan diterbangkan.. so kawan2 kat india, tunggu kedatangan kami yea.. nanti kami sampai jangan lupa hampar red carpet untuk kami lalu haha ^_^ ..

.
.
.
.
.
Yang Penuh Mengharap,

1 comment:

  1. yang curi2 snap tu, my sis laaa. haha. a.k.a. our 3rd year senior in usmkk. :)

    weh, takde satu pon gambarku? cis.

    harapan masih ada! we're all waiting for u guys here!! :D

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..