Sunday, September 18, 2011

Hidupku Tanpa Warna



18 Sept 2011


hhuhhhh......


Hari ni ada meeting besar. antara pihak USM, Student dan Parents. walaupun pihak MARA tak hadir, tapi ada sorang dari USM yang dapat jawab kebanyakan soalan berkenaan MARA. so takpe lah..




Pada mulanya Tan Sri VC bagi kami 3 options:-
1-Jadi pelajar medic USMKK sepenuhnya.
2-Fly ke MSU di Bangalore. diorang belum mula sesi pembelajaran lagi, tapi nak masuk ada entrance exam, so dengan keadaan emosi yang tak stabil gini.....
3-Masuk ke USM, tapi course lain. Farmasi ke, Biomed ke.. (what the?? sape nak??)


Sebabnya, pasal nak fly ke Belgaum, MMC dah tutup kes dah pun. pihak USM dah buat rayuan berkali-kali kat MMC. dari pejabat Dekan, dari pejabat VC.. etc.. tapi semua ditolak.. dengan alasan, MMC kata, diorang dah buat lawatan ke USM-KLE bulan Mac yang lalu. masa tu student tak ramai, dalam 48 orang je.. so staff tenaga pengajar etc sikit, cukup lah untuk ratio pelajar seramai tu.. then MMC kata USM-KLE tak cukup staff untuk terima 100 orang. sebab tu dia bagi 70 orang SAHAJA.. diorang tak nampak yang USM dah ada list nama staff yang akan dibawa masuk untuk batch ni. 


Apepun, keputusan oleh MMC dah muktamad. Case Closed. 


Ramai jugak student yang nangis.. especially girls laa.. ye lah, semua dah siap. betapa pengorbanan kami, buat passport, India Visa, beli pakaian, beg luggage, kenduri kesyukuran dan doa selamat, sembelih kambing, tup tup tak jadi fly. students ramai yang demam. sampai terjaga tengah2 malam sebab termuntah pun ada. si Ruby belum balik sini lagi, skarang dok kat rumah, sebab demam panas dia belum kebah lagi. Ryan, budak Sabah, dah habis beribu2 ringgit ulan alik sabah ke semenanjung. sekali masa interview, lagi sekali masa buat Visa. kami semua bukan stock2 orang senang.. ramai orang kampung. bapak kerja petani, pemandu teksi... semua betapa besar pengorbanan kami, begitu remuklah hati kami... 


Namun apakan daya, MMC tidak memahami..


Dalam meeting tadi, semua came up with an idea, that is, parents buat satu commitee, untuk buat satu appeal dengan MMC secara collective, independent from USM. semua setuju pasal tu. 


Tapi ada parents dengan beraninya, urge semua orang menyokong untuk:
- "hantar dulu students ke KLE tanpa izin MMC, dan in the meantime appeal untuk dapat kebenaran dari MMC "
dengan berlandaskan "kita perlu ambik risiko untuk dapatkan apa yang kita nak. risiko terbesar adalah mati."


Ramai angkat tangan. mostly parents yang terlalu optimistic. aku kat belakang hanya berpeluk tubuh, dengan muka yang risau. aku bukan apa tau. melawan arus selaluya tidak membawa hasil yang baik. mungkin sampai ke tempat nak dituju, tapi penat lah.. meh aku listkan keburukan dia.






1-MARA ikut polisi dia, dia takkan buat benda tanpa kebenaran. in this case, kebenaran MMC. so mungkin kena belajar 5 tahun kat sana secara tanggungan sendiri.


2-MMC tetap dengan pendirian dia. dan paksa kami balik. memang sekarang tiket nak ke india tu masih ada pada USM, dan USM boleh hantar bila2 masa je, tapi kalau dipanggil balik? MARA tak tanggung dah flight balik tu.. tak balik? ketinggalan pelajaran lah jawabnye.


3-MMC jugak boleh blacklist nama kami. then nak study local takleh, nak apply MARA dan JPA semula pun takleh.


4-MMC boleh guna balik keingkaran kami tu, as a weapon against us. yang ada peluang lagi nak jadi doktor, even local, jadi takleh langsung dah.


5-MMC boleh buat kami menderita di jangka masa panjang dengan tidak mengiktiraf ijazah MD kami. and that means jerih perih kami selama 5 tahun, semuanya sia2.


6-ada kemungkinan MMC boleh guna kuasa Veto diorang untuk tarik balik pengiktirafan program 
USM-KLE. that means, bukan kami je affected, tapi juga rakan2 kami yang dah berlepas yang 70 orang tu, dan jugak seniors yang 48 orang tu.


7-Even worse, MMC akan label USM sebagai penderhaka. ditarik balik status APEX dan pengiktirafan pada kursus perubatan USM yang world-class tu pun ditarik balik jugak. benda sebegini pernah berlaku kepada Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), dan tak mustahil berlaku kepada USM.


Sekarang it's not fair to us. tapi kalau no 6 dan 7 berlaku, what happens to the other students, it won't be fair to them too!!






~risiko terbesar adalah mati.. abis nak suruh kami mati dulu ke?!! (maaf emo sikit.)


so aku pun bangkit lah, dan menegaskan keburukan2 diatas dalam meeting tu. 


"ADAKAH IBU BAPA SEKALIAN NAK MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN KAMI?!!"


Bersalah jugak aku ase kat bapak2 tu semua, sebab meninggikan suara kat diorang.. bersalah kat kawan2 sebab meninggikan suara kat bapak2 diorang.. sedangkan bapak2 diorang berhempas-pulas fight untuk diorang.. tapi maaf laa.. aku pun ada pendirian aku.. dan aku takde bapak nak fight untuk aku.. so semuanya aku kena fight sendiri.. mak aku tak angkat tangan tadi, so tak dikira derhaka laa..


Aku bukannya sesaje nak jadi hero, tapi semua patut paham la kan. it's our future that is at stake here. patut benarkanlah kami tentukan, or at least bagi pendapat dalam menetukan masa depan kami sendiri. so biarlah kami pilih jalan yang lebih selamat. kalau kami buat pilihan yang salah, we have just ourselves to blame. tapi kalau parents buat pilihan, dan pilihan itu salah? merugikan kami? takkan nak suruh kami salahkan ibubapa kami sendiri?? 


So aku personally mahu memilih untuk stay and fight. biarlah lambat sikit fly tu, asalkan impian dan masa depan kami sebagai doktor, terjamin selamat. (kalau fail tu lain cite laa.. na'uzubillahi min zaalik. mintak jauh..)


Dan mintak maaf kepada rakan2 di USM KLE, aku akan leave group kat facebook tu. bukan taknak kawan dgn korang, tapi semua yang dipost kat situ dah takde kaitan dengan aku. dan tengok post2 korang buat aku rasa sakit hati.. bukan nak salahkan korang, tapi aku just nak jaga perasaan aku. harap faham. nanti kalau ada rezeki aku sampai sana, aku join la balik..


    .
    .
    .
    .
    .


    Yang Pasrah,

15 comments:

  1. kwan..sory to hear that..hopefully korang sme tbah kt sne..even xdpt bljr sme2..hbungn kwan stil ade..knal ko skjap je pon..but at least i know u..ktorang kt sni ade gk yg trkjot psl mnde ni..x expect korang xdtg lgsung..sbb asalnye dngr cte 1thun kt kk n the rest kt usm-kle india..btw..goodluck for ur study..be strong my fren..God bless all of u always..

    ReplyDelete
  2. ya.,the future is much byond our control,we dont even have the clue of what goin to happen,as if u believe in Allah.,then nothing shud b a problem. im veery truly sad for what u been having now, but believing Allah mean u have faith that He know evrything about us.let us pray hoping that evrything we got in our life is the best ever granted to us.yakinlah,ujian ini mnandakan Allah igt pd kita,mnguj kita sejauh mana kita bergantung padaNya.ok.,lets strive .

    ReplyDelete
  3. Anonymous 1 dan 2, korang mesti kawan aku yang dah fly kan? hmm..

    walaupun hati sedih berbicara
    namun akal teguh berkata
    segala yang berlaku ada hikmahnya
    ujian dari yang maha kuasa..

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Just want to give a suggestion.
    Stay dulu kt USM KK. Ps2 try intrview ke MSU-IMS Bangalore coz uni 2 pn ok jgk. Better use the parents committee to ask MARA for this chance instead of deal with MMC. So korang ad back up plan.Klu xbrjaya jgk utk ke MSU-IMS, korng bleh stay kt USM KK. Mngkin korng kata, "cakap saja bleh r, ko x rasa apa yg kami rasa". Actually ak pn prnah rasa apa yg korang tgh alami skarang ni dlm tmpoh msa 1 tahun stngah. Dan stakat yg ak prnah share story dgn kwn2 lain diorang pn rmai yg prnah jd cmni b4 dpt USM-KLE ni.Sbb 2 r semua senior2 sni concern & update kes korng ni. Tp ak bkn nk compare kisah2 ni dgn korang coz ak tau mmg perit utk mngharungi semua ni...keep praying. Allah tidak akan mendatangkan ujian melebihi kemampuan hamba2NYa & kemanisan cuma dpt dirasai setelah kepahitan diharungi.
    Walaupun kita tak pernah bertemu, ingatlah kita sesama muslim adalah bersaudara dan kami bersimpati dgn apa yg berlaku. Rasullulah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagiamana ia mengasihi dirinya sendiri."

    Senior from USM-KLE

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. jan sedih2... wang ringgit yg sudah melayang tu, bagi aku sudah mcm takdir la.. apa bleh buat.. nanti boleh cari punya..

    ReplyDelete
  7. yup. jangan risau. insyaallah we got all this under control.

    ReplyDelete
  8. kool je k?jgnla wat org lain risau..bnde ni xdela smpai ke tahap tue...kter kne tenang ar bro..

    ReplyDelete
  9. bakal doc kena pandai kawal emosi :)

    ReplyDelete
  10. why senior azam remove the comment?

    ReplyDelete
  11. dalam hal ni, dont blame usm only, mara pun patut dipersalahkan. as i know, international medical programme basically diberi keutamaan kepada yg kelulusan IB, A-level and others which means International Examination that recognised worlwide. i don't want to look down to the local matriculation programme because it was esp made for local university. we, as a child should explain that to our parents what is exacly the POINT that MMC trying to highlight and they will never change their mind. that's why MMC only approved 70 and other were left behind and it's not fair at all. now you should blame and questioned mara kenapa buat janji manis nak beri tajaan and suruh pergi interview U je sbb diorang ditaja? and then that particular university have no choice to accept the student as they are all sponsored. the correct way is, the student should have the place first then, any sponsporships would be given to those students. ini kira baik sebab yg terkandas sikit je cuba bygkan if 30 more students yg mara nak taja tu terima juga. there will be no end for this problem, trust me. just wanna give my point of view and shered the ugly truth that we have to face. whatever it is, semua yang berlaku sudah ditakdirkan and we are all victims. but thank God, we still have the chance to study Medicine.

    ReplyDelete
  12. rezeki ada kat mane2, Allah nak uji kesabaran kita insyaallah Allah nak beri yang terbaik buat kita. kalau x dpt KLE, pergi Msu lg best. nak tahu kenapa? m.s ramaiah tu the best medical school di india so tahu2 jelah taraf dia kan? facilities sume lagi gempak and program dia dah lama pon bertapak di india tuh. kau jgn risaulah. yang menjadikan kau seorang doktor yang hebat bukan tempat tapi dari cara kau mengahargai ilmu yang Allah cuba sampaikan pada kita. ok gud luck, don't worry too much insyaallah semua berjalan lancar

    ReplyDelete
  13. I still do not understand what exactly MMC wants from this so called USM-KLE International Medical Doctor Programme? Please try to elaborate on this issue.

    ReplyDelete
  14. kalau nak tahu cerita dia, bacalah post2 dalam blog archive September 2011, daripada "Malang: mengapa aku" sampailah "Berakhirnya sebuah penantian"

    ReplyDelete
  15. tapi takyah risau laa, tu semua kisah tahun 2011.. sekarang ni dah setel dah semua tu..

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..