Wednesday, September 28, 2011

Hari-Hari Terakhir di USMKK

(sorry guys, though this is intended to be a blog of photography, medico-legal issues forbid me from snapping in the hospital. so, no related pics..)






27 Sept 2011


Pagi. lawatan ke jabatan2 di HUSM. Radiology, bilik xray, MRI, gymnasium untuk physiotheraphy, etc.. aku dah lupa. aku ingat kami dibawa ke satu bilik tempat buat kaki palsu. Di Malaysia ni cuma beberapa tempat je ada tempat buat kaki palsu yang khas macam ni. (meaning setiap kaki dibuat mengikut ukuran kaki pesakit yang menempah). kat Pantai Timur Malaysia cuma HUSM je ada. selain sini, aku tau cuma kat KL laa.. kat situ ada sorang makcik yang kaki kanan dia dah dipotong sebab diabetes. aku nampak dia macam tak selesa dikerumuni berpuluh2 orang student ber-labcoat, aku pun approach dia, start berbual dengan bahasa kelantan. so far, aku faham prasaan dia dipotong kaki, sebab arwah abah aku dulu pun, seminggu sebelum dia meninggal, dua2 kaki dia dipotong, atas sebab yang sama..  so far, ada aku sebagai penduduk asal kelantan rasa ada kelebihan sebab boleh approach pesakit dengan dialek Kelantan..


Petang. ada sesi Practical bersama seorang sister. ada dua sesi, sesi pertama dia ajar cara ambik Blood Pressure (BP). diterangkan jugak cara pakai stethoscope (susah btol nak eja) dengan betol. agak menarik, biasalah, benda baru kan.. baru kenal, nama vein2 yang boleh rasa pulse (nadi). pun baru tau stethoscope boleh diguna selain kat jantung, iaitu kat brachial artery (tempat yang boleh rasa nadi dekat lipatan lengan tu.) nadi kat pergelangan tangan nama dia radial artery, kat leher tu pulak carotid artery. dan banyak lagi. aku rasa kalau aku tulis semua medical jargon tu, lepas ni dah takde orang dah nak baca blog aku.


Lepas tu sesi kedua, penerangan pasal alat2 medical. macam2. yang best nye, aku dah tau fungsi kebanyakannya. wayar2 yang masuk ikut hidung, ikut mulut, ikut tangan, ikut lubang kat leher, even ikut lubang kencing. sebab aku pernah hospitalized selama 15 hari akibat accident time sebelum SPM. (dah ah, malas aku nak cerita panjang2, peristiwa hitam kot..) kebanyakannya pernah rasa guna. tak guna sendiri pun, aku dah nampak orang lain guna berpuluh kali.. Being a Patient Can Help In Being A Good Doctor. hahah.


28 Sept 2011


Hari ni lawatan ke Wad. aku dapat wad perubatan dan pediatrik (kanak2) sebelah pagi, dan wad surgeri sebelah petang. penat gila. berdiri je memanjang. tu cuma menengok je.. tak tau lah nanti kena jadi Houseman kena buat kerja, overtime lagi, macamana..  macam2 aku jumpa. dekat wad kanak2 ada yang kena patuk ular, pastu tangan dia buruk dan jadi takleh gerak. dekat surgery ada macam2 keadaan pesakit yang korang takkan jumpa time jalan2 dekat KB Mall. Ada yang bentuk kepala dah tak normal. yang kemik2 ada, yang nampak macam terbelah ada.. kebanyakannya sebab kemalangan. jalan raya, ataupuun tempat kerja. kesian.. 


Sesi klinikal kami sampai pukul 5, tapi dalam pukul 3.45 petang tu dah takde pape boleh dibuat, kami mintak la dengan Staff Nurse untuk leave awal.. pastu dia cakap:-


"Nak balik?"
"Kenapa?" aku tanya
"Takde la, suka hati awak la. tapi nanti kamu nak jadi doktor, main nak balik nak balik gini......." dia tak habiskan ayat dia.
lepas tu sorang groupmate aku mencelah "kami nak ke wad surgeri perempuan pulak". dan kami pun blah. 


Kata2 Staff Nurse tadi sangat2 terkesan kat jiwa aku. nampaknya aku pasni dah takleh main2 dah.. so then lepas cari wad surgery perempuan tak jumpa, aku gi la ke wad medical balik, nak belajar pasal patients hygiene.


On the way balik, aku temankan girls yang nak sangat tengok wad psychiatric kat tingkat lima. kat dalam pintu wad tu ada satu lagi pintu jeriji besi. so kami observe dari situ. then ada sorang pesakit tu tabik kat aku dari dalam. "doktor!" aku senyum dan berbuallah dengan dia.. lepas tu sorang lagi datang.


"kamu tau tak siapa saya?"
"siapa?"
"saya ni Ultraman. tau tak kenapa saya Ultraman?"
"kenapa?"
"nama saya Khairil Anwar. maksud dia sebaik-baik cahaya. kalau ikut bahasa jepun nye, Ultraman lah.."


aku pun play along lah.. teringat yang Ultraman sebagai Being from Planet of Light. haha.. tapi dia bercakap ada hujah, dan hujah dia ada yang bernas..


"Kamu belajar sungguh2, nanti jadi doktor yang terbaik!. doktor yang 
Hablun minallah, dan hablun minan-nas.."


so guys, "Jangan lihat kepada orang yang berkata-kata, tapi lihatlah pada apa yang dikatakan." mereka sakit jiwa, bukannya bodoh..


aku balik dengan badan yang letih, dan kaki yang lenguh. tapi ada satu ayat aku pegang.
Macam ni dah komplen. Macamana nak jadi doktor ni..
okey...

     .
     .
     .
     .
     .
Yang Tak Nak Komplen Dah,

4 comments:

  1. hablun minallah wa hablun minannas~ kikiki :D

    ReplyDelete
  2. agak terer aa Ultraman tu. akan ku pegang nasihat itu, walaupun daripada seorang pesakit mental..

    ReplyDelete
  3. salam.
    tahniah la dpt cos medic.
    ade sape2 lg x bdk sks batch kite y ambk medic?
    dan sedkit peringatan b'sama "hablun minallah wa hablun minannas" mmg patut dijaga trutamanya as medical stud y byk cabaran2 yg perlu didepani.Smg Allah p'mudahkn sgla urusan .

    ReplyDelete
  4. oh Adila. alhamdulillah. ^_^ So far tau Hazim Kojek dgn Azhan Ramli je laa.. x pasti sangat.. just keep fighting ok? ^_^

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..