Friday, November 11, 2011

Aidiladha di Perantauan (part 2) -picnic

okeh ni sambungan dia. bukan apa,
aku taknak orang komplen loading lambat sebab gambar terlalu banyak..
kepada yang belum baca part 1, ini link dia

Raya Ketiga.


lepas setel bab korban, kitorang nak lari jap dari dunia realiti. (stress study)
as a result, kitorang ter-join senior gi picnic kat Gokak Fall. 


2 RGs. Ryan Gilbert & Rickye Gan

blues..

Melayan Perassaaann.. hahaha

Tuning gitar


Air kering. kalau musim hujan kang jadi macam Niagara Falls

try teknik nak suruh air jadi berkabus tu, tapi tak berapa nak jadi



Subhanallah..

picnic kaaann...

tuan punya gitar

kaktus pun ada

Subhanallah lagi..

Berlari Ke Langit

Lorong kehidupan. cewahh

ambik gambor kat puncak bukit. seb baik tak gayat macam Ryan

Fareed dengan tangannya yang mengidap Klumke's Syndrome. hahaha

kena kandid

ko kencing ke ape Bhai!? hahah

macho + poyo
tangan dia. siaaann... hahaha
 tengah dok ngambik gambar tu, kitorang nampak sekor anjing lalu ikut jalan yang agak tersembunyi. 
Arip Bhai pun ajak follow, nak tengok gua Ahmad Albab katanya.

kejar anjing

setelah beberapa minit ikut jalan yang agak bahaya tu, kitorang jumpa satu 'artifak',
lukisan huruf ' I ' dan tapak tangan, yang ditafsirkan bermaksud:
'Aku Tampor Kang!!!'




dah nak blah

jambatan gantung. tak tinggi sangat. lagipun bawah takde air sangat. so tak seram sangat. kalau musim hujan,
air  yang deras mengalir kat bawah. kompem ketar lutut.


ni lah dia. boleh cuba bayangkan semua batu ni tak kelihatan ditutupi air yang mengalir dengan laju


bajet gangster



Aku ingat dah nak balik, rupaya seniors nak bawak kami ke waterfall yang lagi satu.
nama dia?
Godachinna Maki. (betul dah aku rasa ejaan dia)


macam miniature Niagara


batu licin. tergelincir. si Arip gelak je. bukan nak tolong pun. siot je.. 

kali ni shouler dia pulak dislocated. hahaha

kena kandid lagi





haa tu lah dia. sekian pengembaraan kami. for now.


Raya Keempat?

takde ape2 yang menarik. rutin harian biasa je.
 apepun, aku syukur ikut gi picnic kali ni, sebab boleh kenal lebig rapat dengan senior2.
Siva, Santhana, Che Arif, Erwyn, dan akak2 senior yang lain.


Now Go Back To Reality.

.
.
.
.
.

Yang Hanyut di Dunia Fantasi,

Thursday, November 10, 2011

Aidiladha di Perantauan (part 1)




11/11/11

Cantik betul tarikh hari ni. takkan berlaku lagi untuk 100 tahun. so, tengok gambar lembu, mesti korang dah bajet aku nak cerita pasal apa. tapi wait, there's more to it. sila baca sampai habis..

(banyak gambar saiz besar. so loading mungkin slow)

for some reason, AidilAdha kat India ni dia lewat sehari dari Malaysia. konpius jugak, kalau dari segi geologinya, dia takde la jauh sangat dai Malaysia, so agak pelik laa timeline sampai lambat sehari, tapi menurut Arip Bhai, (Arief Azman), diorang perlambatkan sebab diorang taknak sambut lebih awal daripada tanah suci. mungkin sebab mazhab Hanafi yang ajar kut. mana aku tau...

apepun, kite tengok sepanjang empat hari beraya.

Raya Pertama

Islamic Society USM-KLE (ISOC) menganjurkan majlis semayang raya, dibuat kat padang kecik yang ada kat kampus kitorang. bukan apa, nak semayang raya kat masjid bukan takleh, tapi ada dua hiccup yang x disukai:
  • Mazhab Hanafi tak bagi pempuan semayang kat masjid. jadi kaum wanita di sini bangkit menentang.
  • Khutbah diorang dalam bahasa hindi. sape paham?? Arip Bhai sorang je...


so kami buat la semayang raya, diimami prez of ISOC himself, saudara Hanif Hashim.



lepas semayang, biasa laa, ngambik gambar. ni semua gambar pakai kamera orang lain. aku.. errr... bukan tertinggal DSLR, tapi tertinggal bateri dia dekat charger. nyesal sungguh..

dari kiri: Rashdan, aku, Arip Bhai dan Hanif Tarmizi.

Saudara Juraimi (pink) dan ketua batch, Saudara Fazmi (hitam) yang baru pulih dari sakit pun join sekali

they are playing by the trees, and they are happy.
Happy Tree Friends??
 Lepas tu, kitorang pergi ke rumah uncle Mustad untuk upacara penyembelihan korban.
Uncle Mustad ni memang banyak tolong kitorang. lembu2 sebanyak 
12 ekor yang kami korbankan pun dia yang tolong ejaskan.


Amir Izu sempat bergambar dengan anak penduduk local

ready dengan pisau

"Hok Mano gak gege tuh!?? Senyak gak sikik!!" -Fareed


aku rasa macam horor je gambar ni. haha


budak kecik ni nama dia Sufian. tu abang dia yang pegang.
cuba tengok, muka dia ada iras Maher Zain tak?




akak2 senior bersama2 rakan baru diorang tengok orang sembelih lembu dari atas bumbung. 


hepi nampak??
pakcik ni la tukang sembelih. tengok baju dia. bloody.




Kalau kat Malaysia, untuk merebahkan sekor lembu, diorang terpaksa buat jerat, tangkap kaki lembu tu, pstu tarik ramai2 sampai lembu tu jatuh terbaring. betul tak?

Haaa.. kat sini, tukang sembelih tu rebahkan lembu tu sorang2 je. nampak tak dia paut tanduk lembu tu, pastu tahan kaki dia sampai lembu tu jatuh. hebat tak??

tengok mata pakcik tu


sebelum semelih dia bagi lembu tu minum air dulu. tak tau kenapa.


diorang sembelih kat belakang rumah gitu je, so darah tu diorang tadah dengan besen.


start potong dan bahagikan daging.


tu jelah untuk hari pertama. kitorang disuruh pergi ke tempat semelih tu pukul 11, tapi pukul 2.30 baru sekor lembu kitorang yang disembelih. (sebelum tu dia potong lembu orang kampung.) so yang sepatutnya 6 ekor yang sepatunya tumbang hari tu dah tinggal 5 ekor je. lagi sekor next day. aku frust tunggu sampai pukul 2.30 tu, so aku pun balik awal, dan tak terlibat dalam pembahagian lembu hari tu.


Raya Kedua.

Hari kedua ni, takde keje lain, dok wat benda ni je.


7 ekor lembu, dari pukul 11 pagi sampai 6 petang straight. penat woo.. 
tapi Alhamdulillah puas hati.

.
.
.
.
.


bersambung...
Aidiladha di Perantauan (part2)