Friday, February 24, 2012

Kerala Adventure (Part 2)


wokeh. ni sambungan. dari Part 1

sampai je kat Kochi, kena naik auto untuk pergi ke hotel yang kami dah tempah. 40 kilometer, naik auto. 

kalu kat Belgaum, biasanya jumpa auto ni, spesis Bajaj. mata satu kat mudguard.
tapi kat Kochi ni, kebanyakan auto spesis ni, Piaggio Ape. mata dua.
dia cakap 3 seater, tapi seat belakang cukup luas untuk 4 orang.

apebenda signifikan aku cerita pasal auto? sebenarnya jenis Bajaj boleh muat 3 orang je kat belakang tu.. tapi jenis Piaggio-Ape ni boleh muat 4 orang.. bagi kami yang travel berlima ni memang perfect laa. 4 orang kat belakang, sorang duduk sebelah driver kat depan.

dalam perjalanan, snap! boleh tengok permandangan yang agak indah sepanjang perjalanan. 
ada pokok kelapa yang biasa...


dan yang luar biasa..


oleh kerana sini Muslim dan Kristian lagi ramai dari Hindu, so diorang boleh jual daging lembu secara terbuka macam ni.


Ok dah sampai kat hotel. dekat Cherai Beach.


haa.. korang nampak tak "Cherai Hotel Regions tu"? kat situlah hotel kitorang. depan pantai, belakang lagoon. cantekk!!


Ni Permandangan dari balkoni hotel. terus nampak pantai.


err.. banyak sangat gambar pokok kelapa. ambik gambar gagak pulak.


dan helang.


nah ambik kau nak helang sangat. cuba kira berapa ekor. 

aku takleh blah betul dengan nama bas ni.. haha..

gagak lagi 
helang lagi

gagak balik..

banyak gila gagak kat sini

ni burung spesis hape ntah. dok main air.

yang ni pun main air jugak. hahaha

Nadia tak tahan panas.

cuba mendengar heartbeat siput.


bentuk matahari macam mentol lampu
ok tadi tu cuma sightseeing. sekarang pergi ke muara sungai untuk tengok sunset.orang kata lawa..


kat sini nelayan diorang pakai sejenis pukat dinamakan Chinese Fishing net.

memang betul lawa..

matahari mentol lampu. literally. haha

silhouette

aku suka yang ni. 


okeh. dah nak balik.

haa.. masuk part adventure. bila matahari dah terbenam, dunia dah gelap, auto pun takde.. so kitorang pun terpaksa lah jalan kaki sejauh 3 kilometer balik ke hotel. nasib baik musafir, boleh solat Jamak.. cuba bayangkan, jalan kaki selama sejam, dalam gelap, dengan anjing di mana mana.. hehee..

dah abis lagi satu hari..

keesokan harinya..
.
.
.
.
.
tunggu episod akan datang.


Part 3


3 comments:

nak komen? komen laa..