Tuesday, March 20, 2012

USM-KLE International Medical Programme.





saje letak title macam tu, supaya dapat menarik perhatian pelajar2 yang tengah merisik Universiti mana untuk sambung Ijazah Perubatan. aku nak cerita pasal program USM KLE IMP ni. overview nya, Prog ni adalah dibawah Universiti Sains Malaysia. dengan taraf APEX, USM telah membuat satu Visi yang besar, iaitu menghasilkan Doktor yang  berkualiti. tak macam U lain di Mesia, Prog Medic USM setiap tahun tiada ambilan kedua. dan USM jugak nak reducekan jumlah pelajar medic yang biasanya lebih kurang 250 kepada hanya 180 setiap tahun. Tujuannya, Kualiti. bukan Kuantiti. Jadi USM pun lancar laa satu program offshore kat sini. India.


Nak masuk sini caranya lebih kurang nak masuk U medic kat Malaysia laa.. CGPA 3.7 kot lebih kurang, pastu MUET nak selamat kena Band 4. dan macam nak masuk USM, korang kena lulus exam MUNSYI dulu.. diingatkan, program ni bukan macam medic timur tengah, so hanya lepasan STPM, ASASI, Matriks / setaraf je boleh apply. SPM belum layak lagi..


*update: cerita pasal rogram ni baru masuk paper #1 India: The Hindu News
--http://www.thehindu.com/education/college-and-university/article3220444.ece



malas nak cerita panjang2 sangat, aku bagi dia punya Pros dan Cons yang paling utama dulu.




Pros


1-Lecturers dia semua extraordinarily diligent, dedicated, dan sangat hebat. ada Prof KO yang umur dah 77 tahun, know anatomy like the back of his hands, dan boleh buat korang paham lecture satu jam tanpa slideshow. ada Dr Ravishankar, jurudissect terhandal, boleh pisahkan lapisan2 selaput kat mata korang. isteri dia, Dr Rajeshree, paling mahir dalam Physio. Dr Sadanand Patil, boleh buat TCA cycle yang complex tu nampak soo simple. dan ramai lagi. kalau nak cerita sorang2 memang tak abis. dan macam Ryan cakap, They'll train you until you fall like an elite.


2-Jumlah pelajar yang tak terlalu ramai. bawah 100 orang setiap batch. meaning, korang akan dapat lebih perhatian dan kasih sayang lecturers. and in this small number, biasanya bond antara batchmate akan lebih kukuh.


3-KLE (Karnataka Lingayat Education Society) ni top class dalam bab pendidikan kat Karnataka, India. -well funded - top class facilities. korang boleh bayangkan laa 18 buah  TV Flat Sony Bravia 40 inci tergantung dalam lab untuk student kat meja nampak pebende yang Lecturer dok tunjuk kat meja dia.


4-Kat sini kitorang ada bapak yang jaga. Deputy Dean Prof. Kamaruddin Jaalam (Prof KJ). beliau ni Prof dari Msia yang menetap kat sini beberapa tahun just for the sake of our charity. pape kau tak puas hati dengan keadaan kat sini boleh adu kat dia. kabel besar punya. Insyaallah dia boleh tolong.


5-Sini India. cadaver (mayat) banyak. so ada kelas dissection. (bahasa melayunya bedah mayat.) lebih kurang 10 cadaver baru akan disediakan setiap tahun untuk setiap batch. boleh bayangkan tukang baiki henset bukak selongkar belek2 henset dia? macam tu lah korang boleh belajar pasal jantung paru2 kidney bagai. best.


6-belajar pakai silibus USM Kubang Kerian. nanti lepas grad korang akan dapat certificate macam pelajar dalam negara. tapi korang akan dapat extra, iaitu pengalaman.


7-Senior semua baik2. hehe.. sini takde budaya ragging, "RAGGING IS A CRIME". Ala, bakal doktor, takkan nak bawak lagi budaya jahiliah macam tu? ^_^


Cons


1-Tempe (local-tempatan-tempe) ni buruk sikit perangai dia. sbb diorang tau orang Malaysia, MARA kasik pegang duit banyak, so banyak laa kencingnya. tapi kalau korang jumpa dengan tempe yang Muslim, perangai diorang lebih baik daripada kebanyakan orang melayu.


2-Tempe (lagi) budaya diorang pengotor. kalau tetiba korang nampak orang kencing berak tepi jalan tu jangan laa terkejut. benda biasa je tu..


3.... errr... aku tak dapat pikir laa apa yang aku tak suka kat sini. semua best. takpe next time aku ingat aku update.


4-Kita manusia, takkan boleh lepas daripada masalah. dan sebenarnya masalah tu lah yang buat kita jadi lebih kuat.. hidup pun kat negara orang, pasti penuh dengan dugaan. tapi boleh anggap semua tu adventure. pengalaman mengajar kita. Macam korang nak asah pisau. kenapa batu asah tu kasar macam kertas pasir? sebab kalau batu tu licin, pisau tu takkan tajam. macam tu jugak lah kita manusia. kalau hidup kita mudah je, kalau tetiba sesuatu yang pelik berlaku, mesti kita mudah snap.




datangla weh. kalau boleh juniors biar ramai lagi.
apepun korang boleh apply kat sini : https://pohon.usm.my/india/


sebarang pertanyaan, untuk pendekatan tidak formal boleh add aku:
Muhammad Nur Al Akhyar.


Insya Allah aku tolong semampu aku.

Yang Sedia Membantu,

75 comments:

  1. salam... jom saling merelate

    http://adelandphoebe.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. boleh nakk tau...ade ke lepasan diploma sains uitm yg dapat tawaran di usm untuk program perubatan usm?

    ReplyDelete
  3. boleh nakk tau...ade ke lepasan diploma sains uitm yg dapat tawaran di usm untuk program perubatan usm?

    ReplyDelete
  4. harap awak dapat tolong..terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. kurang pasti pasal uitm, tapi lepasan diploma ada sorang kat sini. maksudnya kalau nak insyaallah boleh.

    ReplyDelete
  6. nk tnya.. utk apply ke india tu kena apply secara berasingan ke dgn pgrom medic usm yg d malaysia tu? x ble apply sekali? mksd sy tu.. sy beli pin rm40 utk program usm dan letak medic. so kena apply yg lain lg ke utk yg ke india tu?

    ReplyDelete
  7. betul tu. kalau nak apply ke usm malaysia, kena masuk website pohon.usm. manakala kalau nak apply ke india kena masuk pohon.usm/india. google je..

    ReplyDelete
  8. alamak, baru check tadi, tarikh application adalah 19 Mac sampai 3 Jun. maksudnya dah tamat..

    ReplyDelete
  9. salam.. awak tengah study prog nie ke??
    selalunyer mase waktu interview dia, soalan ape yg dorang akan tanye??

    ReplyDelete
  10. mcm biasa lah, perkenalkan diri, pastu dia tanya sikit sebanyak pasal apa yg kita tau psl program ni, pastu nanti nak pilih bidang apa, dan kenapa.. yang best nye dia bagi satu kertas soalan situasi, kita kena selesaikan. last sekali dia bagi kita tanya pape soalan yg kita nk tau pasal program ni. biasa je..

    ReplyDelete
  11. kebanyakan yg pergy interview.. akn dpt ke??

    ReplyDelete
  12. there is no guarantee, tapi Insyaallah. sebab kuota pengambilan setiap 100 orang, yang dipanggil temuduga hanya 100 lebih. jadi peluang tu tinggi. ape pun, kita dah Usaha, so yang tinggal adalah Berdoa dan Tawakkal. selamat berjaya ^_^

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah dpt twrn usm kle....tp, katanye x de scholarship..mara x nk taja..cmne ye?

    ReplyDelete
  14. hmm.. tak pasti. cuba join group ni. https://www.facebook.com/groups/492648750761800/ USM-KLE 3rd Batch. cuba tanya mereka kat sana.

    ReplyDelete
  15. eh xeh post link. search jelah USM-KLE 3rd Batch

    ReplyDelete
  16. another question...student usm-kle akn dpt sijil drp usm,kn??nnt blk malaysia,kene ade test ke seperti student2 len yg study overc or akn di approve sbg student usm gak??n ade persediaan ke sblm fly?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, bila grad nanti, akan grad sebagai student USM. test tak test tak tau sebab belum ada lg yang dah grad. pesediaan sebelum fly: takde, orientasi di USMKK lebih kurang seminggu, pastu terus fly.

      Delete
    2. owh...ok...nk cnfirmation jep,uni tu qualified x?

      Delete
  17. Saya baru dapat tawaran USM_KLE tapi kos pengajiannya tinggi Macam manalah ibubapa saya nak tanggung yang sangat tinggi. Adakah biasiswa kerajaan untuk ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA should give a chance to USM-KLE IMP bound student.....if they can sponsor Medical student into PERDANA UNIVERSITY (which is come to almost a million)...then there is no reason on WHY they cannot assist USM-KLE student in their study....so miserable

      Delete
  18. Saya baru dapat tawaran USM_KLE tapi kos pengajiannya tinggi Macam manalah ibubapa saya nak tanggung yang sangat tinggi. Adakah biasiswa kerajaan untuk ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your problem is same with mine.........this few days really crack my head.....do not know where to go for help to sustain the study. It comes to almost to RM381,000.00 for five years exclusive of petty expenses like pocket money, air ticket and hotel for a week 'sustainable student programme' at USM KK.....so sad about this!

      Delete
  19. salam..kawan2 seperjuangan yang dapat usm-kle baru2 ni..saya pon mengalami perkara yg sama, sedih dan agak tertekan mencari sponsor...org mara cakap usm still discuss dgn mara utk still sponsor kta taon ni...tapi tarikh register dah nak dekat, sempat ke...sngat risau...how i wish to be like the usmkle seniors too... keep praying insyaALLAH HE will show us the best way...n i believe that USM takkan lepas tangan mcm tu je tntg kebajikan kita...ni bukan private university...ni kira ipta la kan...government pon sptutnya amek prihatin pasal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. I absolutely agree with you my dear peer, you got the point here. Anyhow, never underestimate the miracle of Allah swt by "Solat Hajat". USM is not a private university but Government Sponsored University, furthermore, it is an APEX University. I proud of that status and believe the USM management are highly intellectual, professional and respected academician they will do whatever for their own student especially for student bound for USM-KLE. Otherwise they don't simply giving offer of letter to applicant base on Merits without considering the consequences.

      Delete
    2. In a worst case, what we can do now is to fill in the relevant form, complete it, go for medical check-up, apply the passport and try to get tickets either coach or air flight and REGISTER on the 1 September 2012 (Saturday) at 8:30 am in USM Kubang Kerian. The rest we will leave it to our faith and USM authority.

      Delete
  20. hm kawan aku pointer 3.5 je dapat masuk program ni. Muet band 3 je.. kiranya requirement dia tak tinggi pon macam nak masuk medic IPTA. so, betul la.. masih ada harapan untuk budak yang pointer tak power mcm 4 flat buat medic.. peluang kedua ler ni..

    ReplyDelete
  21. dont be so typical with scholarship tingy. actually, getting a scholar was never been anyway easier... senang gitu saja boleh dpt. Mara usually buka permohonan biasiswa ini untuk lepasan spm dgn kelayakan 10 As utk sambung pngajian luar negara. not only tht, u need to sit for A level or IB examination at least to attain further oversea programme with 34 and above for 2 years. since this is anew programme, Mara buka peluang kpd pasum asasi matrix utk pengmbilan awal ni, especially first and second batch. so dont think, "aku dpt 3.5 dah boleh fly over c"... bila sampai sini, result pun caca merba saja, how can u be incompetence with student from other programmes, like in bngalore, manipal, uk/irelnd, student whom mainly scores since spm, a level, up until md course? i myself struggle way hard for md course, and getting a scholar ship was never that easy as "mintak je trus dpt"

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree!!i'm MARA sponsored student need to do ib for two years....yet still don't know yet where MARA will place me for my medical degree...it would be really unfair if MARA easily sponsor other students from other programmes as it's own students doesn't get any guarantee so far.

      Delete
  22. hmmm,klu lpasan matrik,result kan x kuar lg.tpe ke pki result sem 1?

    ReplyDelete
  23. hmmm,klu lpasan matrik,result kan x kuar lg.tpe ke pki result sem 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tak pasti lah. tapi saya pun lepasan matrik juga. time saya apply dulu pun result belum keluar juga.. pakai je dulu mana yang ada.. ^_^

      Delete
  24. Interview tu dlm BM ke?BI?My interview sat ni.Adatak ape-ape reminder?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh itu biasalah,may be both. Tapi jawab ikut soalan laa, Kalau soalan kor BM, jawabla dlm BM.. kalau soalan tu english, jwbla english..

      Delete
    2. Oh itu biasalah,may be both. Tapi jawab ikut soalan laa, Kalau soalan kor BM, jawabla dlm BM.. kalau soalan tu english, jwbla english..

      Delete
  25. klu pointer 3.20 ada harapan untuk masuk usm kle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lernah lagi saya dengar pointer below 3.5 Ambik medic. Unless you go to egypt. That, I do not know about.

      Delete
    2. utk indonesia mereka amek.btw insyaAllah saya junior usm kle.hehe=)

      Delete
  26. assalam nak tanya sekarang al akhyar dah dapat ke loan mara atau jpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni rasanya MARA je, insyaallah maybe soon JPA pun join taja.. (Tapi x tau la bila)

      Delete
    2. terimakasih al akhyar anak auntie ada mohon kle sebab kalau tak dapat loan beratlah rasanya nak pergi anyway auntie wish al akhyar berlajar rajin dan berjaya sebagai doktor nanti

      Delete
    3. Thanks auntie. Insyaallah, doa dan tawakkal. Kalau ada rezeki, ada lah.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  27. nak tanye,selalunye sng x nk dpt tmpt utk usm-kle nie,sbb ths week ade interview,so agak takutla jgak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dapat panggilan temuduga. Benda nya takde lah susah, tapi senang tak senang belakang kira la bro.. Yang penting buat yang terbaik. Hidup ni takleh laa nak senang aje.. Lagipun kalau sesuatu tu senang nak dapat, nanti kita tak hargai.. Betul tak? ^_^ apepun goodluck, saya doakan yang terbaik.

      Delete
  28. Do you have any friends which studying without under Mara? If one of them didn't get it at first..did they get it finally? Any non-bumi student? How they survive at there without any scholar?

    ReplyDelete
  29. Salam...
    Nak amalkan islam kat sana senang tak??
    Ada tak group dakwah?? Usrah?? Tabligh?
    Ada surau??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde masalah. Group dakwah Kita ada ISOC (Islamic Society). Usrah pun ada. Nak tambahan, usrah online pelajar Malaysia serata india dengan naqib di Malaysia pun ada. Surau untuk solat fardhu kita ada surau Az-Zumar kat bawah nu haa, untuk solat Jumaat kita ada bas bawa pergi surau kat luar.

      Tabligh pula ada kat luar, (orang sini panggil "jamat"). Kita pun ada contact dengan beberapa maulana. Nak pergi boleh, semalaman atau dua malam, cuma insentif sendiri laa, kita tak organize..

      Ataupun kalau nak lagi aktif, time cuti panjang sikit boleh pergi Delhi. Berkampung kat ada satu markaz kat situ.

      ^_^

      Delete
    2. Syukran..
      Pakaian strict mcm kat usm sini ke?

      Makanan macam mane ar?

      Delete
    3. Pakaian nampaknya tak strict sgt, cumanya kena pakai apron (labcoat) tu untuk setiap kelas. Makanan pulak kalau nak ikut selera melayu susah lah.. 1st year dia sediakan mess, (makan ala2 kantin asrama). Rasanya palatable lah kalau tak sedap sangat pun. Pasal halal haram pulak jgn risau. Sebab semua non muslim vegetarian, semua penjual ayam atau daging adalah muslim. Barang sembelih punya. lagi, kalau nk makan luar tapi still waswas, boleh order makanan vegetarian, confirm takde haiwan. Confirm halal.

      Delete
    4. Salam..
      Mara cvr semua fee ke??
      Mcm mana pula belanja di sana??
      Mara bgi?

      Delete
  30. Hello,Hi saya dah dapat admission utk USM-KLE tapi tak pasti nak ambik ke tak?No possibilities utk saya dpt MARA.Ada tak apa2 scholarship yang lain?I know this is confidential but i would know about the fees stucture for this programme?Nak ambik ke tak tawaran ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So you must be a non-bumi then. so far all non-bumis Here are self- sponsored. sorry but i don't have the information you require

      Delete
    2. Thank you for your time and Happy Studying :)

      Delete
  31. selalu nya result iv usm kle keluar bila?

    ReplyDelete
  32. adakah kena btn biro tatanegara dan bila kena btn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dulu tiada BTN. mungkin sebab it's still USM.

      Delete
  33. salam, budak lepasan diploma ada x dapat scholar mara?

    ReplyDelete
  34. Salam,nak tau ttg cuti-cuti kamu.Bila boleh balik Malaysia?Berapa kali setahun?tq

    ReplyDelete
  35. Hi.. nak tanye, tiket flight dr KK ke india kte beli sndiri or pihak usm sediakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mara akn uruskan tiket kita...
      by the way
      Nk share blog saye
      Salam perkenalan buat bakal student USM-KLE 2013
      http://at-tabib.blogspot.com

      Delete
  36. kelayakan macam mana ye? dari segi sponsorship?

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Salam nak tanya biasiswa mara berapa rm kat sini? Diberi setiap sem ke bulan?

    ReplyDelete
  40. Jpa scholarship ada memberi tajaan untuk program ini tak??

    ReplyDelete
  41. Salam
    Saya lepasan spm 2014. Alhamdulillah dpt tajaan jpa mara dn kena buat persediaan usm-kle di kolej.mara kulim. Adakah itu maksudnya saya akan further study dkt sini or mcm mana ? Dn saya juga ada dpt asasi medic di uia. Jd pendpt abg akhyar which is better ?

    ReplyDelete
  42. Salam
    Saya lepasan spm 2014. Alhamdulillah dpt tajaan jpa mara dn kena buat persediaan usm-kle di kolej.mara kulim. Adakah itu maksudnya saya akan further study dkt sini or mcm mana ? Dn saya juga ada dpt asasi medic di uia. Jd pendpt abg akhyar which is better ?

    ReplyDelete
  43. salam . alhamdulillah sya dpt tawaran program ni . sye nk tanya persedian barang2 yg perlu bawa ap dia ya ? klau tak kberatan boleh abg list kan ? trima kasih 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahniah. Persediaan barang2 tu insyaallah nanti, anda akan di-add dalam satu group utk membincangkan perkara ini secara khusus. Jangan risau, masih terlalu awal.

      Apapun welcome. See you this September ☺

      Delete
  44. Woi Iskandar aku baru perasan reply kau kat sini haha

    ReplyDelete
  45. Salam. Nak tanye. Kalau saya amik asasi sains di uitm. Lepas itu dpt pointer yg bagus.bolekah saya apply utk usm-kle ini.ade peluang x?tq

    ReplyDelete
  46. Salam. Nak tanye. Kalau saya amik asasi sains di uitm. Lepas itu dpt pointer yg bagus.bolekah saya apply utk usm-kle ini.ade peluang x?tq

    ReplyDelete
  47. Assalam,prog usm kle ni masih avail ke?

    ReplyDelete
  48. Skrg ni awak dh grad la ye?

    ReplyDelete

nak komen? komen laa..