Friday, February 24, 2012

Kerala Adventure (Part 2)


wokeh. ni sambungan. dari Part 1

sampai je kat Kochi, kena naik auto untuk pergi ke hotel yang kami dah tempah. 40 kilometer, naik auto. 

kalu kat Belgaum, biasanya jumpa auto ni, spesis Bajaj. mata satu kat mudguard.
tapi kat Kochi ni, kebanyakan auto spesis ni, Piaggio Ape. mata dua.
dia cakap 3 seater, tapi seat belakang cukup luas untuk 4 orang.

apebenda signifikan aku cerita pasal auto? sebenarnya jenis Bajaj boleh muat 3 orang je kat belakang tu.. tapi jenis Piaggio-Ape ni boleh muat 4 orang.. bagi kami yang travel berlima ni memang perfect laa. 4 orang kat belakang, sorang duduk sebelah driver kat depan.

dalam perjalanan, snap! boleh tengok permandangan yang agak indah sepanjang perjalanan. 
ada pokok kelapa yang biasa...


dan yang luar biasa..


oleh kerana sini Muslim dan Kristian lagi ramai dari Hindu, so diorang boleh jual daging lembu secara terbuka macam ni.


Ok dah sampai kat hotel. dekat Cherai Beach.


haa.. korang nampak tak "Cherai Hotel Regions tu"? kat situlah hotel kitorang. depan pantai, belakang lagoon. cantekk!!


Ni Permandangan dari balkoni hotel. terus nampak pantai.


err.. banyak sangat gambar pokok kelapa. ambik gambar gagak pulak.


dan helang.


nah ambik kau nak helang sangat. cuba kira berapa ekor. 

aku takleh blah betul dengan nama bas ni.. haha..

gagak lagi 
helang lagi

gagak balik..

banyak gila gagak kat sini

ni burung spesis hape ntah. dok main air.

yang ni pun main air jugak. hahaha

Nadia tak tahan panas.

cuba mendengar heartbeat siput.


bentuk matahari macam mentol lampu
ok tadi tu cuma sightseeing. sekarang pergi ke muara sungai untuk tengok sunset.orang kata lawa..


kat sini nelayan diorang pakai sejenis pukat dinamakan Chinese Fishing net.

memang betul lawa..

matahari mentol lampu. literally. haha

silhouette

aku suka yang ni. 


okeh. dah nak balik.

haa.. masuk part adventure. bila matahari dah terbenam, dunia dah gelap, auto pun takde.. so kitorang pun terpaksa lah jalan kaki sejauh 3 kilometer balik ke hotel. nasib baik musafir, boleh solat Jamak.. cuba bayangkan, jalan kaki selama sejam, dalam gelap, dengan anjing di mana mana.. hehee..

dah abis lagi satu hari..

keesokan harinya..
.
.
.
.
.
tunggu episod akan datang.


Part 3


Kerala Adventure (Part 1)

23 Feb 2012


Part 1 ini kebanyakannya mengandungi gambar2 manusia dan bangunan2 binaan manusia sahaja. 
Gambar-gambar Nature ada dalam Part seterusnya

Sempena cuti Selanjar 2 ni, aku dan Arief planned a trip to somewhere in India. dan trip ni berbentuk "Adventure," bukan jenis shopping atau enjoy. sesuai dengan aku yang dah kering poket, dan jugak pikir masa depan (kumpul duit nak kawin). ehem.
^_^

Pada asalnya aku dgn Arief nk pgi berdua je, tapi aku pikir, adalah sangat membosankan kalau cuma muka Arief yang masuk dalam gambar. so kami rekrut laa 3 orang budak pompuan yang tak balik Malaysia.
Destinasi: Kerala.


daripada seluruh India, Kerala (+Tamil Nadu) mewakili bahagian paling selatan negara ni. 
dalam peta, dia kat bhgian yg outlined pink.

Pada skala yang sama, ini saiz Malaysia.


Besar kan? aku pun terkejut.

buat pengetahuan umum, kami dan another separate group merupakan pioneer datang ke Kerala ni. takde senior yang nak guide. so terpaksalah buat research, nak pergi tang mana.

Kerala ni terbahagi kepada North, South, dan Central. dia punya tarikan termasuklah Pantai, Waterfall, Backwater, Wildlife, dan Sanctuaries untuk burung2 dan gajah2. Backwater? dia macam tempat berair macam tasik, sungai, paya dan sebagainya..

dan kami pilih Kochi, kat Central Kerala.

So Khamis, abis je exam, malam tu jugak kami bertolak ke Bangalore. perjalanan: 10 jam.

korang boleh laa bandingkan dengan skala Malaysia kat sebelah tu..

Sampai je di Bangalore, perkara pertama kamu buat adalah cari tandas. pastu kami jumpa satu hotel yg agak prestij, dan pekerja dia jugak mesra. aku pun keluarkan kamera, dan snap.

 Lepas tu kami gerak depan sikit, dan jumpa laa dengan kawan2 yang dalam perjalanan balik Malaysia. diorang naik bas lain..



mata brutal takleh blah 
Rambut panjang tak reti2 nak potong

Fareed buat muka sedih. padahal dah nak balik honeymoon. haha
Lepas tempah bilik hotel untuk simpan barang, kitorang pun regroup dengan Fareed dan Hanif Hanif flight dia pukul lima, Fareed pulak pukul 11 malam. so sebelah pagi ni kitorang pun lepak  laa jalan2 pusing Bangalore sama2. 



ternampak anjing tengah menyusu anak kat tengah jalan.

 sebenarnya kitorang tengah cari makanan, kat sini ada KFC kat Mantri Mall.. tapi malangnya dia takkan bukak sebelum pukul 9 a.m. kesian Nadia yang tak makan sejak lunch semalam. dah kebulur dah tu. so kitorang lepak kat taman bunga depan mall tu..


aku pun apalagi, testing Macro.





tupai tak guna.
member tupai tak guna
 dah pukul 9, kami pun masuk kawasan mall tu..





dah duk kat Bangalore, kitorang jumpa Dina, member kitorang time kat USMKK dulu..




kat dalam mall ni ada kedai basikal yang sangat hebat. aku yang berniat nak beli beskal baru buat ganti yang kena curi tempoh hari jadi teruja. malangnya mahal.


dalam mall ni lebih kurang kat Malaysia je.. so walaupun aku ada snap tapi aku taknak letak kat sini..


nak dijadikan cerita, hari ni hari Jumaat, so ada solat Jumaat. kami ni musafir, tak wajib solat jumaat.. tapi aku dan Arief rasa teringin nak solat jumaat kat situ. bukan apa, sbb nak naik bas pun lambat lagi.. dan memandangkan flight si Hanif pukul 5, (check in 3 jam awal) dan airport tu agak jauh, jadi tengahari tu diorang dah kena gerak dah.. so diorang tak ikut.

nak pegi semayang, pakai la kopiah.. turun je hotel tu, ada sorang tempe tegur.

"Namaz? Masjid? let's go"

tempe tu pun nak pergi semayang jugak.. so kitorang pun ikut laa dia jalan kaki pegi masjid.. borak2 dengan dia, dia kata kampung dia kat Kerala.. aisy, keciknya dunia..

lepas 10 minit gitu dia bawak masuk satu bangunan. tengok dalam, rupanya tempat shopping.
rupa macam Pasar Siti Khatijah kat Kelantan. tapi dia bawak naik, rupanya solat jumaat atas bumbung bangunan tu.. dah la mazhab Syafie, dia baca khutbah pun dalam bahasa Arab, bukan Hindi. dengan Kubah besar betul-betul depan aku, aku rasa ni la Jumaat paling best sepanjang aku dok kat India ni..

Malam tu nak naik bas ada sikit masalah. kitorang terpisah, sbb budak pompuan duduk rumah Anis.. (member kitorang yang belajar kat MSU). dengan stesen yang jauh gila, sejam naik auto, drebar auto diorang tu pulak tak tau Stesen bas kat mana. ada ke patut..
 tapi apapun, syukurlah semua selamat.

ok setakat ni dulu. tunggu episod seterusnya..
(sabar lah weh, gambar ada beribu.. kalau aku satukan semua kompem loading lembab..)