Saturday, August 27, 2011

Word Verification: Goodbye!!


Ada satu benda yang aku cukup benci dalam dunia Blogging ni. Iaitu masa nak post comment, benda ni keluar. aku yakin semua orang pun fikir benda yang sama kan??



Word Verification.
Fedup betul aku dengan benda ni. ngarut je. bukannya perlu pun.. menyusahkan orang. tujuan asal dia adalah untuk mengelakkan spam post, dimana comment tu di-post oleh seorang manusia.. tapi aku tak perlukan tu semua kat blog aku..


so sekarang, bagi memudahkan para pembaca membuat komen, aku dah remove word verification ni. kepada fellow bloggers yang rasa macam aku rasa bolehla buat camtu jugak. mudah je, 
masuk SETTING > COMMENT > dan kat word verification tu wat "NEVER".
mulai sekarang korang dah boleh post comment kat blog ni tanpa perlu jumpa benda alah ni.. 
^_^

.
.
.
.
.
Yang Suka Mudah-Mudah,

Wednesday, August 24, 2011

Perkauman dalam Pekerjaan




Seorang pakar bedah manghantar keretanya yang rosak ke bengkel kereta.

-Mekanik:  eh doktor, kereta ni rosak teruk ni. tak servis ke?
-Doktor:    haah, sibuk sangat sampai lupa. dah berapa bulan tak servis.
-Mekanik:  banyak jugak nak kena baiki ni doktor, minyak hitam bocor, bla bla bla..(insert possible car breakdown causes here)
-Doktor:    takpe lah, encik baiki je. nanti saya bayar.
-Mekanik:  err.. doktor, tanya sikit.. berapa gaji doktor sebulan?
-Doktor:    hmm.. kalau basic nya dalam lebih kurang 10ribu. kenapa encik tanya?
-Mekanik:  saya rasa tak adil laa doktor. doktor bedah orang, saya baiki kereta. tapi kenapa gaji kita jauh berbeza, sedangkan pada asasnya, kita buat benda yang sama?
-Doktor:    (berfikir sejenak) enjin kereta ni boleh start tak?
-Mekanik:  boleh rasanya, sebab bahagian enjin takde masalah..
-Doktor:    cuba encik start kereta ni.

mekanik tersebut pun start laa keta tersebut, dan keta tu pun hidup lah..

-Mekanik:   dah hidup. kenapa doktor?
-Doktor:     cuba encik baiki kereta ni sekarang, tanpa benarkan enjin dia mati.

Proud To Be A Doctor!! ^_^
.
.
.
.
.
Okey, cerita ni hanya rekaan, dan segala angka yang disebut adalah made-up semata-mata. aku bukan nak bangga diri yang aku ni budak medic, tapi aku sakit hati sebab dalam fesbuk ada post dari budak engineer yang bangga sangat depa engineer, dengan main point dia: 'a little bit smarter than others'. dia buat macam soalan yang main dengan angka sikit, pastu stail "doctor says immpossible, lawyer says that's stupid" pastu dia jawab soalan tu dengan bijaknye, kata "inilah dia engineer, nothing is impossible"

aku tak kisah kalau dia nak mencapub yang diorang engineers hebat dan bijak pun.. tapi cara diorang seolah-olah memperkecilkan golongan non engineers. bukan doktor je yang kena, bissnessman, cikgu, loyer, dan macam-macam lagi.. sakit tol ati aku time tu..

deyy, nobody's perfect laa.. nak kira terer, kenapa ramai sangat orang yang ambik engineering bila dah graduate tak dapat kerja? kenapa ramai sangat orang yang ambik engineering bila dah dapat kerja quit halfway jadik cikgu fizik? banding dengan medic, ade ke budak lepasan medic jadi penganggur? 
(yang tak lulus lain cite laa)..

so, moral of the story, jangan la kita sesekali memperkecilkan golongan lain yang tidak sama dangan kita. sebab kita tak tau bila pulak penghinaan kita tu akan kembali bertepek di muka kita..
.
.
.
.
Yang Nak Jadi Doktor,

Tuesday, August 23, 2011

Al-Kisah Cicak (WARNING! CONTAINS LIZARDS)

korang mesti kenal cicak kan? (melampau laa kalau tak kenal cicak). mesti kenal, sebab kan cicak ni dah feymes, siap ada filem lagi..


Okeh, aku bukan nak cerita pasal cicakman atau planet2 hitam ka kelabu kaa.. ni nak cerita sedikit pasal benda misteri yang berlaku kat rumah aku.

ceritanya bermula dengan kehadiran sang semut.

okey gambar kat atas ni diambik dari aqemuhaymin.blogspot dengan bantuan pakcik google. memang bukan aku punya, tapi lebih kurang macam ni lah keadaannya kat rumah aku. macam2 spesis semut ade kat rumah aku ni. yang hitam, yang merah, dari sekecik2 sampai sebesar2 kerengga ada. (tapi kerengga xde laa dalam rumah, kat luar, atas pokok rambutan.) sampai makanan pape xleh dibiar sekejap, mesti diorang datang.

so, abang aku yang fedup ni ambik laa langkah menentang balik, dengan membeli racun semut..
racun tu diletakkan atas satu sudut kabinet, tempat semut selalu lalu
yang sial nye, semut2 tu semua takde pulak yang mati. semut2 yang mati dalam gambar diatas sebenarnya selepas disembur dengan ridsect..

okey, nasib baik laa racun ni ada guna jugak. tengok gambar dibawah.
cicak mati. dekat dengan tempat tabur racun tu.

sori aa gambar gegar.. tapi at least korang nampai kan ape yang terjadi kat sini.. racun yang dibeli untuk membunuh semut tanpa disangka-sangka telah membunuh cicak (yang memang tengah menyerang rumah aku ketika itu.) tak terkejut lagi? lihat dibawah.


merata-rata ada cicak mati. bawah meja makan, dalam tong sampah, yang melekat kat dinding pun ada. yang aku jumpa cuma empat ekor, tapi ni semua lepas dibersihkan oleh abang aku.. sebenarnya sebelum aku sampai ke tempat kejadian, ada berbelas-belas ekor cicak yang terkorban, semuanya scattered sekitar tompokan racunn semut tu. so x dapat laa korang tengok scene yang ngeri tu.. (hahaks). 


kalau korang perasan, cicak yang atas sekali tu ekor dia lain sikit.


cute tak? haha

so demikianlah ceritanya sang cicak dan keluarga mati kerana racun semut. mungkin pembuat racun tu salah label kot.. sekarang dah x berapa ramai cicak yang kelihatan kat rumah aku ni. bagus lah, dah takyah risau berjalan terpijak taik cicak. haha

.
.
.
.
.
Yang Tak Suka Cicak,

Sunday, August 21, 2011

OMG!! Ustaz Azhar Idrus seorang Fotografer?!!

Ustaz Azhar Idrus

Korang kenal tak sape ni?
"Siapa Ustaz Azhar Idrus ni???….Anda kenal??? Takkan tak kenal Ustaz ni…Ustaz ni adalah seorang pendakwah bebas yang berasal dari Terengganu. Beliau sering memberi ceramah agama di serata Negeri di Malaysia ni. Kalau di Terengganu boleh dikatakan sudah habis surau dan masjid telah dijelajahinya. Seandainya ada mana-mana orang Terengganu tak kenal Ustaz ni, memang “berat” orang timur kata, dok dalam hutan ke apa. Buat malu orang Terengganu je."-zakizakirin.wordpress.com

Siang tadi aku dok laa wat aktiviti masa lapang aku yang biasa sebagai seorang penanam anggur-facebook. ditakdirkan Allah, aku ter-masuk kat satu page ni, nama page ni syahirul.com.

dia punya DP
page ni sangat bagus, berunsur islamik. delam page ni ada beratus-ratus video, mostly video ceramah dari ustaz2 yang feymes laa, namely Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Asri. ada gak video2 funny dan cool yang lain.. okey, tu kat bahagian video. pastu aku masuk kat photo. perghh!!

Ustaz Azhar Idrus dengan DSLR nya, Nikon D3 (aku rase laa)
terkejut aku!! tak sangka, public figure macam ustaz ni pun suka fotografi. lagi gambar dia:-



Harta dunia... jika ia digunakan di jalan yang diredhai Allah, pasti membuahkan pahala yang berganda2, yang takkan sia2. ia jadi bekalan akhirat sana..

Nikon D3 - tangkap gambar keindahan alam ciptaan Allah, tunjukkan kepada org ramai apa yg mereka tidak nampak dalam dunia yg terbentang luas..

Cermin mata - membaca kitab, dan kemudian dari ilmu yg didapati, maka disampaikan kepada org ramai..

Blackberry Torch - menerima panggilan untuk menegakkan agama dgn memberikan kuliyah di serata negara, memberi maklumat melalui sms dan bb messenger, dll..

Ini harta Ustaz Azhar Idrus yang saya selalu lihat.. :) alhamdulillah..

(caption asal gambar ni)


ustaz, nak shoot pun pakai kamera laa, jangan pakai benda tuu..






saiz lens melambangkan skill. perghh..

whoaa.. caya laa ustaz, outing fotografi pakai jubah dan kopiah.. respek.. (tetiba semangat nak ngambik gambar haha)

nak download mp3 ceramah ustaz, percuma, kat sini.

majulah fotografi untuk negara.


Yang Kagum,

p/s: aku memang tak tau pasal ni sebelum ni. korang punya ilmu belajar tinggi2 pun korang tau kat sekolah, pengetahuan korang pasal dunia luar pun sebab korang dah jumpa dengan sumber dia. aku ni, dah memang aku tak jumpa lagi dengan sumber yang betul, so aku tak tau laa.. 
(SAKIT ATI NI!!)

p/s: photos credited to their respective owners.

Saturday, August 20, 2011

TOYOTA: korang perasan tak??

Okay, entry kali ni tentang syarikat Toyota. terdapat sebuah misteri dalam syarikat ini yang aku masih lagi tak dapat ungkaikan.



Benda ni aku mula-mula perasan waktu form 4. masa tu aku terlihat sebuah keta cikgu mempunyai lambang yang tak pernah aku lihat. aku tanya kawan aku, dia cakap entah. so aku pun pergi lah pusing2 keta tu. rupa2nya, ia sebuah Toyota Wish. jadi aku wat keputusan untuk pergi siasat sendiri perkara ni. okey, jadi di mana tempat yang paling banyak kereta? yes, parking lot. so aku pergilah ke KB Mall, ke underground parking lot dia.. berbekalkan sebuah DSLR, aku memulakan misi..

TOYOTA WISH
ini lah lambang yang pelik tu..
Toyota Wish, belakan
toyota Wish, depan
tengok, depan dan belakangnya mempunyai lambang yang berbeza. masa tu aku fikir, yang kereta Wish ni terlalu special, so diorang letak logo khusus untuk keta ni.

But later, aku perasan, yang banyak lagi keta2 Toyota yang ada logo, atau emblem sendiri. tengok gambar.


TOYOTA ALPHARD


TOYOTA ESTIMA


TOYOTA HARRIER




TOYOTA MARK X
Yang ni aku pun tak tau dia wujud sebelum ni. tau tau ternampak kat parking lot tu, keta ni baru masuk. aku pun follow laa, mengendap, tunggu keta ni dapat tempat parking. keluar je tuan dia, nampak jauh sikit, SNAP!




TOYOTA WALD
yang ni pelik gak, logo dia depan ngan belakang dua2 pakai emblem sendiri..


Haaa.. tu laa antara keta2 keluaran Toyota yang ada emblem sendiri.. ada lagi, contohnya Caldina dan Vellfire yang aku tak jumpa kat parking lot ni. dalam perjalanan balik, terjumpa kat traffic light. takkan aku nak snap jugak kot? so aku pun terpaksa laa google gambar2 keta2 tersebut..

Toyota Prius
Toyota Passo. sebijik macam MyVi.
Toyota Vellfire.
Toyota Vitz. sama dengan Yaris. tak pernah pun nampak kat Malaysia..
yang pelik nya, emblem dia sama pulak dengan Vellfire kat atas tu..


Toyota Scion. yang ni pun takde kat Malaysia.

ni emblem dia.

Emm next time aku snap sendiri gambar2 keta2 ni, aku tukar lah. buat masa ni tengok jelah gambar2 dari google ni..

Satu lagi yang aku rasa pelik, apsal keta Vios, Camry, Fortuner, Hilux etc etc xde pun personal emblem camtu.. apsal tak buat semua? tak ke jeles diorang takde emblem sendiri. ye tak?

Yang Rasa Pelik,